Notis privasi

Kamera ini boleh menggunakan ciri Pendaftaran Muka untuk melaksanakan pengesanan muka dengan keutamaan pada muka subjek yang pradaftar.

Ini melibatkan penggunaan data “biometrik” (data ciri muka) bagi orang yang mukanya anda pernah pradaftar. Data yang didaftarkan hanya disimpan dalam kamera dan tidak dikumpulkan oleh Sony. Anda juga boleh memadamkan data yang didaftarkan pada bila-bila masa.

Anda bertanggungjawab terhadap penggunaan ciri Pendaftaran Muka kamera ini untuk mengumpul dan menggunakan maklumat biometrik muka subjek. Apabila menggunakan ciri ini untuk mendaftarkan muka subjek, kami mengesyorkan supaya anda menerangkan bahawa data biometrik mereka akan disimpan di dalam kamera dan digunakan untuk pengesanan muka.

[Kandungan khusus yang disyorkan untuk penerangan (contoh)]

  • Kamera mungkin menggunakan data biometrik muka pradaftar subjek semasa rakaman
  • Data biometrik yang didaftarkan hanya disimpan dalam kamera dan tidak digunakan untuk tujuan lain
  • Jika individu yang merupakan subjek menghendakinya, jurugambar boleh memadamkan data biometrik dalam kamera pada bila-bila masa

AF Muka/Mata boleh digunakan tanpa mendaftarkan muka.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila kunjungi tapak web di bawah ini untuk mengetahui cara menghubungi Sokongan Sony bagi negara atau rantau anda.
https://www.sony.net/SonyInfo/Support/