Jarak fokus adalah jarak dari pusat kanta ke sensor imej (satah fokus), dan setiap kanta mempunyai jarak fokus yang berbeza.
Jarak fokus adalah penting kerana ciri ini menentukan jenis-jenis latar yang boleh anda abadikan (sudut pandangan). Seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar berikut, semakin pendek jarak fokus, semakin luas julat latar yang boleh anda abadikan, manakala semakin panjang jarak fokus, objek jauh akan kelihatan lebih besar.
(*) Hubungan antara jarak fokus dengan sudut pandangan berbeza-beza mengikut jenis kamera. Panduan Menangkap Gambar ini memberi penerangan berdasarkan kamera format APS-C, kecuali dinyatakan sebaliknya.
-
- 11 mm
-
- 16 mm
-
- 23 mm
-
- 33 mm
-
- 57 mm
-
- 90 mm
-
- 200 mm
-
- 330 mm
Umumnya, kanta dengan jarak fokus 35 mm dipanggil "kanta normal" kerana kanta ini mempunyai sudut pandangan yang hampir sama dengan medan penglihatan manusia. Kanta dengan jarak fokus yang lebih pendek daripada ini dipanggil "kanta sudut luas," dan kanta dengan jarak fokus yang lebih panjang dipanggil "kanta telefoto". Bagaimanapun, tidak wujud standard yang ketat bagi istilah ini. Gunakan kanta yang berbeza mengikut subjek atau imej yang hendak anda tangkap.

Ditangkap dengan kanta sudut luas
Jarak fokus: 11 mmDitangkap menggunakan kanta telefoto
Jarak fokus: 250 mm

Mari kita semak jarak fokus kanta anda. Julat jarak fokus yang tersedia pada kanta ada dicetak pada kanta. Sebagai contoh, jarak fokus dari 55 mm ke 200 mm tersedia pada "SAL55200-2" dalam gambar di bawah.
Selain itu, anda akan dapat melihat tanda bagi tetapan jarak fokus semasa pada sebelah lekapan corong kanta (berhampiran dengan badan kamera). Dalam gambar di bawah, jarak fokus semasa ialah 55 mm.

Dalam gambar ini, "55-200" pada bahagian kiri adalah julat jarak fokus yang tersedia bagi kanta ini. Garisan putih pada sebelah kanan menunjukkan jarak fokus semasa.