Imbangan putih adalah fungsi yang menjadikan barangan berwarna putih kelihatan putih dalam gambar dengan memampasi pengaruh warna cahaya dalam persekitaran latar.
Cahaya berbeza mempunyai warna dan ciri berbeza. Sebagai contoh, cahaya pijar mempunyai warna kekuning-kuningan dan cahaya matahari pada hari mendung mempunyai bayang kebiru-biruan. Mata manusia boleh memampasi pengaruh ini secara automatik berdasarkan konsep "barang putih hendaklah kelihatan putih." Walau bagaimanapun, kamera menghasilkan semula warna pada gambar sebagaimana keadaan asal yang ditangkap. Dengan itu, bergantung kepada pencahayaan persekitaran, warna putih mungkin akan kelihatan kekuning-kuningan atau kebiru-biruan pada gambar berbanding dengan imej sebenar yang dilihat oleh mata kasar.
Dalam gambar [1], hidangan putih kelihatan kekuning-kuningan kerana dipengaruhi oleh cahaya pijar. Sebaliknya, dalam gambar [2], pinggan kelihatan kebiru-biruan disebabkan cahaya matahari.
Fungsi asal imbangan putih adalah untuk melaraskan standard "keputihan" dalam kamera untuk membetulkan "bayang warna" yang disebabkan oleh warna cahaya. Selain fungsi untuk menghasilkan semula keputihan, fungsi imbangan putih dalam kamera digital juga semakin kerap digunakan sebagai penuras warna untuk melaraskan ton warna.
[1] [2]
Menukar tetapan imbangan putih
Selain AWB, beberapa tetapan imbangan putih yang sesuai untuk suasana tertentu telah diset lebih awal pada kamera. Jika anda tidak mendapat warna yang anda kehendaki dengan AWB, atau jika anda ingin melaraskan ton warna mengikut keinginan anda, pilih tetapan imbangan putih yang anda kehendaki sendiri.
Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas, 10 tetapan imbangan putih termasuk AWB telah diset lebih awal pada kamera. Gambar-gambar berikut menunjukkan perbezaan warna dalam pelbagai tetapan imbangan putih.
AWB Siang Teduh Mendung
Gambar kucing ditangkap semasa hari mendung. Dengan [AWB] dan [Mendung], warna dihasilkan semula secara semula jadi, yang menghampiri warna sebenar. Dibandingkan dengan yang ini, gambar kelihatan lebih kebiru-biruan dengan tetapan [Siang], dan lebih kekuning-kuningan dengan tetapan [Teduh].
[AWB] [Kalimantang: Warna Putih Hangat (-1)] [Kalimantang: Warna Putih Dingin (0)]
[Kalimantang: Warna Putih Siang (+1)] [Kalimantang: Siang (+2)]
Sekarang, mari kita bandingkan syot pemandangan waktu malam di atas. Di sini, [AWB] menghasilkan semula warna sebenar dengan agak baik, tetapi terdapat sedikit bayang hijau pada keseluruhan imej. Dengan menukarkannya menjadi [Kalimantang], keseluruhan bayang hijau telah hilang. Antara tetapan-tetapan [Kalimantang] ini, anda akan dapat melihat warnanya menjadi semakin hangat apabila tetapan diubah daripada - ke +. Pilih tetapan mengikut kehendak anda atau imej yang hendak anda tampilkan.
Penalaan Halus
Setiap tetapan imbangan putih boleh diperhalusi (*). Dengan menala halus tetapan imbangan putih yang dipraset, anda boleh menambahkan cita rasa anda sendiri ke dalam gambar anda.
(*) Tetapan imbangan putih yang boleh ditala halus dan skrin operasinya adalah berbeza bergantung kepada modelnya.
Gambar di sebelah kanan ditangkap dengan menambah seri warna biru kepada tetapan [AWB].
Warna yang tidak dapat dihasilkan dengan tetapan imbangan putih yang telah dipraset akan dapat ditampilkan menggunakan fungsi penalaan halus.
Imbangan putih: [AWB]Selepas penalaan halus