Mod Pemacu

Dengan mod pemacu, anda boleh memilih pilihan tangkapan seperti "Tangkapan Berterusan" atau "Pemasa Diri". Mod yang tersedia adalah berbeza bergantung kepada jenis model kamera anda. Bahagian ini menerangkan mod pemacu yang biasa terdapat pada kebanyakan kamera α.

Tangkapan Tunggal

Ini adalah mod tangkapan yang biasa. Satu imej ditangkap apabila butang pengatup ditekan.
(Jika tangkapan komposit dilakukan dalam mod seperti Auto Unggul, pengatup mungkin akan dilepaskan lebih daripada sekali untuk satu tangkapan.)

Tangkapan Berterusan

Imej akan ditangkap berterusan manakala butang pengatup ditekan dan ditahan ke bawah. Bergantung kepada modelnya, anda juga boleh memilih kelajuan tangkapan berterusan ini.

Pemasa diri

Satu imej ditangkap dengan pemasa diri 10 atau 2 saat selepas butang pengatup ditekan. Pemasa diri 10 saat berguna untuk membolehkan jurugambar turut serta di dalam bingkai, dan pemasa diri 2 saat berguna untuk mengurangkan gegaran kamera semasa tangkapan, seperti mengambil gambar pemandangan waktu malam dengan tripod.

Komander Jauh

Mod ini digunakan untuk mengambil gambar dengan Komander Jauh Wayarles yang dijual berasingan.

Jika kamera anda mempunyai mod pemacu lain, rujuk Manual Arahan atau Buku Panduan anda.