Menggunakan memori dalaman
Kamera mempunyai ingatan dalaman sebanyak lebih kurang 48 MB. Anda boleh merakam imej pegun pada ingatan dalaman apabila kad ingatan tidak disisipkan ke dalam kamera.
Apabila kad ingatan disisipkan
[Merakam]: Imej akan dirakam pada kad ingatan.
[Main Balik]: Imej pada kad ingatan akan dimainkan balik.
[Menu, Seting, dll.]: Pelbagai fungsi boleh dilaksanakan ke atas imej pada kad ingatan.
Apabila tiada kad ingatan disisipkan
[Merakam]: Imej dirakam dengan menggunakan memori dalaman. Walau bagaimanapun, wayang tidak boleh dirakam ke ingatan dalaman.
[Main Balik]: Imej yang disimpan dalam memori dalaman dimainkan balik.
Mengenai data imej yang disimpan dalam memori dalaman
Kami menyarankan agar anda menyalin (membuat sokongan) data dengan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut.
Untuk menyalin (membuat sokongan) data pada cakera keras komputer anda
Tanpa menyisipkan kad ingatan ke dalam kamera, import imej ke dalam komputer. [Butir-butir]
Untuk menyalin (membuat sokongan) data pada kad ingatan
Sediakan kad ingatan dengan kapasiti kosong yang mencukupi, kemudian salin imej dari ingatan dalaman ke kad ingatan. [Butir-butir]
Perhatian
-
Anda tidak boleh memindahkan data imej pada kad ingatan ke ingatan dalaman.
-
Dengan mewujudkan sambungan USB antara kamera dengan komputer menggunakan kabel USB mikro, anda boleh memindahkan data yang disimpan dalam ingatan dalaman ke komputer. Bagaimanapun, anda tidak boleh memindahkan data pada komputer ke memori dalaman.
-
Anda tidak boleh memindahkan imej-imej yang dirakam dalam ingatan dalaman dengan menggunakan fungsi Wi-Fi .

Sebelum Guna