Mengambil imej pegun

  1. Setkan suis mod kepada (Imej Pegun), kemudian tekan butang ON/OFF (Kuasa).

  1. Pegang kamera dengan stabil seperti dalam ilustrasi.

  • Jangan menutup denyar atau lensa dengan jari anda.

  1. Tekan butang pengatup separuh ke bawah untuk memfokus.

Apabila imej berada dalam fokus, bunyi bip akan kedengaran dan penunjuk akan menyala.
  • Jarak rakaman terdekat adalah lebih kurang 5 cm (W), 1.5 m (T) (dari lensa).

  1. Tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya.

Jika anda mengambil imej pegun subjek yang susah difokuskan
  • Jika kamera tidak boleh memfokus pada subjek secara automatik, penunjuk kunci AE/AF bertukar kepada berkelip perlahan dan bip tidak berbunyi. Sama ada gubah semula rakaman atau tukar seting fokus. [Butir-butir]

  • Pemfokusan mungkin sukar dalam keadaan berikut:

  • Suasana gelap dan subjek jauh.

  • Kontras di antara subjek dengan latar belakang tidak baik.

  • Subjek dilihat menerusi kaca.

  • Subjek bergerak dengan cepat.

  • Ada cahaya terpantul atau permukaan berkilat.

  • Sumber cahaya terletak di belakang subjek (backlit) atau ada cahaya yang berkelip-kelip.