Mengambil wayang gambar
-
Setkan suis mod kepada
(Mod Wayang), kemudian tekan butang ON/OFF (Kuasa).

-
Tekan butang MOVIE (Wayang) untuk memulakan rakaman.

-
Tekan butang MOVIE sekali lagi untuk menghentikan rakaman.

Anda boleh mula merakam wayang dengan menekan butang MOVIE, tanpa mengira kedudukan suismod.
Perhatian
-
Bunyi kanta dan tuas beroperasi akan dirakamkan apabila fungsi zum beroperasi semasa merakam wayang. Bunyi butang MOVIE beroperasi juga mungkin dirakamkan apabila anda menekan butang MOVIE untuk menghentikan rakaman.
-
Rakaman berterusan boleh dibuat selama lebih kurang 29 minit pada satu-satu masa dengan pengesetan lalai kamera dan apabila suhu adalah lebih kurang 25°C. Apabila rakaman wayang selesai, anda boleh memulakan semula rakaman dengan menekan butang MOVIE sekali lagi. Rakaman mungkin terhenti untuk melindungi kamera bergantung pada suhu ambien.
Topik Berkaitan