Mengambil imej pegun semasa merakam wayang (Dual Rec)

Anda boleh mengambil imej pegun semasa merakam wayang. Kamera terus merakam wayang walaupun anda mengambil imej pegun.
Sehingga 10 imej pegun boleh diambil dalam satu rakaman wayang.
  1. Tekan butang MOVIE (Wayang) untuk memulakan rakaman sebuah wayang.

  1. Tekan butang pengatup.

Imej pegun dirakamkan.
  • Bilangan imej pegun yang boleh dirakam (A) muncul pada skrin apabila anda menekan butang pengatup separuh ke bawah.

  1. Tekan butang MOVIE untuk menghentikan rakaman wayang.

Selepas merakam wayang, imej pegun yang dirakam dipaparkan dalam bingkai pada skrin.
Perhatian
  • Bunyi butang pengatup beroperasi mungkin dirakamkan.

  • Denyar tidak tersedia untuk mengambil imej pegun semasa merakam wayang.

  • Saiz imej pegun yang boleh dirakam semasa merakam wayang berbeza-beza bergantung pada saiz wayang. Untuk butir-butir, lihat “Saiz Imj Pegun(Dual Rec)”. [Butir-butir]

  • Apabila fungsi Pengatup Senyum disetkan pada [Hidupkan], pengatup akan dilepaskan secara automatik setiap kali kamera mengesan senyuman. Anda tidak boleh [Hidupkan] atau [Matikan] untuk Pengatup Senyum semasa merakam wayang.

  • Apabila (Mod Wayang) disetkan dan kamera berada dalam [Tnggu Sd], anda tidak boleh guna [Pengatup Senyum].

  • Jika kapasiti kad ingatan tidak mencukupi atau 10 imej telah dirakam, muncul pada skrin. Ikon ini menunjukkan bahawa tiada imej pegun boleh dirakam.