Auto Superior
Kamera menggabungkan Pengecaman Adegan dengan teknologi imej kualiti tinggi untuk merakam imej secara automatik dengan pengesetan optimum.
-
Setkan suis mod ke
(Imej Pegun).
-
Putar roda kawalan untuk memilih
(Auto Superior). [Butir-butir]
-
Ambil gambar dengan butang pengatup.
Kamera merakam imej gambar berterusan apabila diperlukan dan menindankan imej berbilang. Dengan menindankan imej, kamera merakam imej subjek yang kurang kabur dan kurang hingar.
Apakah perbezaan antara mod Auto Superior dengan mod Auto Pintar?Dalam mod Auto Superior, kamera merakam gambar berterusan berdasarkan pemandangan yang dicam, kemudian mencipta komposit imej gambar berterusan (Rakaman tindanan).
Kamera secara automatik membetulkan lampu latar dan mengurangkan hingar imej dengan menindankan imej, supaya imej yang berkualiti lebih tinggi terhasil berbanding dalam mod Auto Pintar.

: Pengecaman Adegan
Pemandangan Malam
Potret Malam
Cahaya latar
Potret Cahaya latar
Landskap
Makro
Potret
Bayi
Lampu tumpu
Lampu Suram
Tripod
Gerak (Terang)
Gerak (Gelap)
: Memproses tindanan
Twilight Bimbit
Anti Kabur Gerakan
HDR Pmbetuln Lampu Latar-
Kamera secara autoamtik memilih mod tindanan berdasarkan pemandangan yang dicam, dan
(tindanan) muncul pada skrin.
Perhatian
-
Apabila kamera menindankan imej, lebih banyak masa diambil untuk merakam imej.
-
Dalam keadaan cahaya rendah seperti pemandangan malam, setkan [Denyar] kepada [Padam] untuk mencapai kesan optimum bagi imej yang ditindankan.
Topik Berkaitan

Sebelum Guna