Panorama Pintar

Membolehkan anda mencipta imej panorama daripada imej komposit. Kamera juga mengesan muka manusia atau subjek yang bergerak secara automatik.
  1. Setkan suis mod ke (iPanorama).

  1. Pilih satu arah rakaman.

  1. Jajarkan kamera dengan hujung subjek yang hendak dirakamkan dan tekan butang pengatup sepenuhnya.

A: Bahagian ini tidak akan dirakamkan.
  1. Pendar kamera ke hujung panduan (B), mengikut petunjuk pada skrin.

Petua untuk merakam imej panorama
Pendar kamera dalam suatu lengkungan dengan halaju malar dalam arah yang ditunjukkan pada skrin. Subjek yang tidak bergerak adalah lebih sesuai untuk rakaman panorama berbanding subjek yang bergerak.
Jejari sependek yang mungkin.
Arah menegak
Arah mendatar
  • Mula-mula, tekan butang pengatup separuh supaya anda boleh mengunci fokus dan dedahan. Kemudian, tekan butang pengatup ke bawah sepenuhnya dan pendar atau condongkan kamera.

  • Jika suatu bahagian dengan bentuk atau pemandangan sangat berbeza tertumpu di pinggir skrin, gubahan imej mungkin gagal. Dalam keadaan sedemikian, laraskan komposisi bingkai supaya bahagian tersebut berada di tengah-tengah imej, kemudian rakam sekali lagi.


Untuk merakam satu imej panorama 360 darjah
Kamera ini dilengkapi dengan fungsi rakaman panorama, berupaya merakam satu imej panorama yang hampir 360 darjah.
Merakam satu imej panorama dengan memilih MENU setkan [Saiz imej panorama] ke [360°]. Imej-imej panorama yang dirakam boleh menatal dengan betul apabila dimainkan pada kamera.
  • Pilih satu arah rakaman dengan /. Anda tidak boleh merakam satu imej panorama dalam arah menegak dengan [Saiz imej panorama] disetkan ke [360°].

  • Imej sebenar yang dirakamkan mungkin tidak merangkumi 360 darjah, bergantung kepada subjek atau cara ia dirakam.

Perhatian
  • Jika anda tidak boleh memendarkan kamera pada keseluruhan subjek dalam masa tertentu, suatu kawasan kelabu timbul pada imej komposit. Jika ini berlaku, gerakkan kamera dengan lebih cepat untuk merakam imej panorama yang penuh.

  • Oleh sebab beberapa imej terjahit sekali, bahagian jahitan tidak akan dirakamkan dengan lancar.

  • Jika sudut keseluruhan rakaman panorama dan sudut terkunci AE/AF adalah sangat berbeza dari segi kecerahan, warna dan fokus, rakaman tidak akan berjaya. Jika ini berlaku, tukar sudut terkunci AE/AF dan rakam sekali lagi.

  • Anda tidak boleh mencipta imej panorama dalam situasi yang berikut:

  • Anda memendarkan kamera terlalu cepat atau terlalu perlahan.

  • Kamera bergoncang terlalu kuat.


Topik Berkaitan