Fokus Jejak

Kamera menjejaki subjek dan melaraskan fokus secara automatik walaupun subjek sedang bergerak.
  1. Tekan pada roda kawalan.

Bingkai sasaran muncul.

  1. Letakkan bingkai sasaran pada subjek anda mahu fokus, dan tekan .

Penjejakan bermula.
  1. Tekan butang pengatup untuk merakam imej.

Menjejak muka
Jika anda menggunakan fungsi fokus jejak semasa fungsi Pengesanan Muka diaktifkan, anda boleh memilih muka untuk diberi keutamaan dan mendaftarkan muka itu dengan kamera. Walaupun sekiranya muka yang didaftarkan hilang dari skrin, apabila ia muncul pada skrin semula, kamera memfokus pada muka yang didaftarkan ini.
  • Apabila muka yang ditentukan didaftarkan dalam ingatan kamera dan anda menggunakan fungsi Pengatup Senyum, kamera hanya akan mencari senyuman muka tersebut.


Perhatian
  • Fokus jejak tidak tersedia apabila menggunakan fungsi zum selain daripada zum optik.

  • Fokus jejak secara automatik akan dibatalkan jika subjek hilang dari skrin atau gagal dijejaki. Walau bagaimanapun, jika sasaran fokus jejak ialah muka yang ditentukan, kamera akan terus menjejaki muka tersebut sekalipun muka itu hilang dari skrin.


Topik Berkaitan