Pemasa Kendiri

  1. Tekan (Pemasa Kendiri) pada roda kawalan.

  1. Pilih mod yang diingini dengan roda kawalan.


(Matikan)
Tidak menggunakan pemasa kendiri.

(10 saat)
Setkan pemasa kendiri kepada tertangguh 10 saat.
Apabila anda menekan butang pengatup, lampu pemasa kendiri berkelip, dan bunyi bip kedengaran sehingga pengatup beroperasi.
Untuk membatal, tekan sekali lagi.

(2 saat)
Setkan pemasa kendiri kepada tertangguh 2 saat.

(Potret Kendiri Satu Orang)
Mengesetkan pemasa kendiri kepada Pemasa potret kendiri.
Apabila kamera mengesan bilangan muka yang ditentukan, bunyi bip akan kedengaran, dan pengatup beroperasi 2 saat kemudian.

(Potret Kendiri Dua Orang)


Petua untuk mencegah kabur
Jika tangan atau badan anda bergerak semasa anda memegang kamera dan menekan butang pengatup, “Goncangan kamera” terjadi.
Goncangan kamera kerap terjadi di bawah keadaan cahaya rendah atau kelajuan pengatup perlahan, sebagaimana yang dihadapi dalam mod (Potret Malam) atau (Pemandangan Malam).
Untuk mengurangkan goncangan kamera, setkan pemasa kendiri kepada tertangguh 2 saat dan dakapkan tangan anda ke rusuk anda selepas menekan butang pengatup.

Rakaman automatik dengan Pemasa potret kendiri

Halakan kanta pada diri anda supaya bilangan muka yang dipilih ditunjukkan dalam skrin. Pengatup beroperasi secara automatik. Jangan menggerakkan kamera anda selepas bunyi bip.

Topik Berkaitan