Kwl dgn Smartphone

Anda boleh merakam imej pegun dan wayang dengan mengawal kamera secara jarak jauh dengan telefon pintar.
Anda juga boleh menyimpan imej pegun yang dirakam pada telefon pintar anda.
Muat turun aplikasi sokongan telefon pintar “PlayMemories Mobile” ke telefon pintar anda dari kedai aplikasi.

  1. MENU (Kwl dgn Smartphone)

  1. Sambungkan kamera dari telefon pintar anda, menggunakan maklumat yang muncul pada skrin apabila kamera sedia disambung. Cara-cara penyambungan berbeza, bergantung kepada jenis telefon pintar. [Butir-butir] [Butir-butir]

  1. Tentukan komposisi pada skrin telefon pintar, kemudian tekan butang pengatup (A) untuk merakam.

  • Anda boleh zum dengan butang zum (B).

  • Anda boleh menukar antara imej pegun dan wayang (C).

  • Anda boleh mengkonfigurasikan pengesetan bagi [Denyar], [Pemasa Kendiri] atau menyimpan imej pada telefon pintar anda (D). [Butir-butir]

  • Anda tidak boleh operasikan kamera.

Perhatian
  • Imej-imej pegun yang dirakam pada telefon pintar adalah dalam format [2M].

  • Wayang tidak boleh dirakam pada telefon pintar.

Sambungkan ke kamera dari telefon pintar Android

  1. Mulakan “PlayMemories Mobile” pada telefon pintar anda.

  1. Pilih (DIRECT-XXXX : DSC-XXXX).

  1. Input kata kunci yang dipaparkan pada kamera.

Telefon pintar tersambung pada kamera.

Sambungkan ke kamera dari telefon pintar iOS

  1. Pilih (DIRECT-XXXX : DSC-XXXX) pada skrin pengesetan Wi-Fi bagi iOS.

  1. Input kata kunci yang dipaparkan pada kamera.

Telefon pintar tersambung pada kamera.
  1. Mulakan “PlayMemories Mobile” pada telefon pintar anda.

Fungsi-fungsi yang boleh disetkan dengan telefon pintar


Denyar
Pilih [Matikan] atau [Auto].
Pemasa Kendiri
Pilih [Matikan], [2 saat] atau [10 saat].
Periksa Tinjauan
Pilih [Matikan], [Tinjauan Sahaja] atau [Tinjauan, Simpan Imj].
Jika anda pilih [Tinjauan, Simpan Imj], anda juga boleh menyimpan gambar-gambar pegun pada telefon pintar anda.