Kualiti Gambar/Saiz Wayang gambar

Semakin besar saiz imej wayang, lebih tinggi kualiti imej. Semakin tinggi jumlah data yang digunakan per saat (kadar bit purata), semakin tinggi kualiti imej.
Pilih satu format rakaman wayang dengan menekan MENU (Seting) (Seting Rakaman) [Format wayang] dalam mod rakaman. [Butir-butir]
Jika [Format wayang] adalah [AVCHD], pilih saiz wayang dari [Kualiti Gambar], dan jika [Format wayang] adalah [MP4], pilih dari [Saiz Wayang gambar].

Kualiti wayang (format rakaman: AVCHD)

  1. MENU [Kualiti Gambar] mod yang diingini

Wayang yang ditangkap dengan kamera ini dirakam dalam format AVCHD, pada lebih kurang 60 medan/saat (untuk peranti serasi 1080 60i) atau 50 medan/saat (untuk peranti serasi 1080 50i), dalam mod berselang seli, dengan audio Dolby Digital, format AVCHD.


Kualiti wayang
Kadar bit purata
Perihalan

AVC HD 24M (FX)
24 Mbps
Rakam dengan kualiti gambar paling tinggi pada saiz 1920×1080 (50i/60i)

AVC HD 17M (FH)
17 Mbps
Rakam dengan kualiti gambar tinggi pada saiz 1920×1080 (50i/60i)
AVC HD 9M (HQ)
9 Mbps
Rakam dengan kualiti gambar piawai pada saiz 1440×1080 (50i/60i)

Saiz imej wayang (format rakaman: MP4)

  1. MENU [Saiz Wayang gambar] saiz yang diingini

Wayang yang dirakamkan dalam format MPEG-4, pada lebih kurang 30 bingkai/saat (untuk peranti serasi 1080 60i) atau lebih kurang 25 bingkai/saat (untuk peranti serasi 1080 50i), dalam mod progresif, dengan audio AAC, format mp4.


Saiz imej wayang
Kadar bit purata
Perihalan
MP4 12M
12 Mbps
Rakam pada saiz 1440×1080

MP4 6M
6 Mbps
Rakam pada saiz 1280×720

MP4 3M
3 Mbps
Rakam pada saiz VGA

Perhatian
  • Satu imej telefoto dihasilkan apabila saiz imej [MP4 3M] dipilih.

  • Apabila anda mencipta cakera AVCHD yang telah dirakam dalam [AVC HD 24M (FX)], ini akan mengambil masa kerana kualiti imej mesti ditukar. Untuk menyimpan atau [AVC HD 24M (FX)] wayang tanpa menukarkan kualiti imej, gunakan cakera Blu-ray.