Pengesanan muka

Apabila fungsi Pengesanan Muka digunakan, kamera mengesan muka subjek anda dan melaraskan pengesetan fokus, denyar, dedahan, imbangan putih, dan pengurangan mata merah secara automatik.
Apabila kamera mengesan lebih daripada satu subjek, kamera akan menentukan yang manakah subjek utama dan menetapkan fokus mengikut keutamaan. Bingkai yang mana fokusnya telah ditetapkan akan bertukar menjadi warna hijau dengan menekan butang pengatup separuh ke bawah.
  1. MENU (Pengesanan muka) mod yang diingini



(Matikan)
Tidak boleh menggunakan Pengesanan Muka.
(Auto)
Memilih muka untuk difokus secara automatik pada kamera.

(Keutamaan pd kanak-kanak)
Mengesan dan merakam dengan memberi keutamaan pada muka kanak-kanak.

(Keutamaan pd dewasa)
Mengesan dan merakam dengan memberi keutamaan pada muka orang dewasa.

Perhatian
  • [Matikan] tidak didapati apabila [Pemasa Kendiri] disetkan ke [Potret Kendiri Satu Orang] atau [Potret Kendiri Dua Orang].

  • Anda boleh memilih [Pengesanan muka] hanya apabila mod fokus diset pada [AFBrblng] dan mod meter diset pada [Berbilang].

  • Fungsi Pengesanan Muka tidak beroperasi apabila anda menggunakan fungsi selain daripada zum optik.

  • Sebanyak 8 muka subjek boleh dikesan.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak mungkin tidak dicam dengan betul bergantung pada keadaan.

  • Semasa mengambil gambar dengan Pengatup Senyum, [Pengesanan muka] ditetapkan secara automatik pada [Auto] meskipun ia disetkan pada [Matikan].

Topik Berkaitan