Mgelak Mata tertutup

Apabila Pemilihan Pemandangan disetkan pada [Kulit lembut] atau [Ambil Gambar Lembut] dan subjek menutup mata semasa anda sedang merakam imej, kamera secara automatik merakam dua imej secara berturutan. Kamera akan memilih, memaparkan dan merekodkan imej yang tidak menutup mata secara automatik.
  1. MENU (Mgelak Mata tertutup) mod yang diingini


(Auto)
Apabila Pengesanan Muka adalah aktif, fungsi Mengelak Mata Tertutup beroperasi agar imej dengan mata subjek terbuka dirakamkan.

(Matikan)
Tidak menggunakan fungsi Mengelak Mata Tertutup.

Perhatian
  • Fungsi Mengelak Mata Tertutup tidak berfungsi dalam situasi-situasi berikut:

  • Apabila menggunakan denyar

  • Semasa mengambil gambar berterusan

  • Apabila fungsi Pengesanan Muka tidak berfungsi

  • Apabila fungsi Pengatup Senyum diaktifkan

  • Kadangkala, fungsi Mengelak Mata Tertutup tidak berfungsi bergantung kepada situasi.

  • Apabila fungsi Mengelak Mata Tertutup disetkan pada [Auto] tetapi hanya imej dengan mata subjek yang tertutup dirakamkan, mesej “Mata tertutup dikesan” dipaparkan pada skrin. Ambil gambar lagi seperti yang diperlukan.

Topik Berkaitan