Kurang Mata Merah

Denyar menstrob dua kali atau lebih sebelum mengambil gambar untuk mengurangkan fenomena mata merah apabila menggunakan denyar.
  1. Setkan kamera pada mod mengambil gambar.

  1. MENU (Seting) (Seting Rakaman) [Kurang Mata Merah] mod yang diingini


Auto
Apabila fungsi Pengesanan Muka diaktifkan, denyar akan strob secara automatik untuk mengurangkan fenomena mata merah.

Hidupkan
Denyar sentiasa menstrob untuk mengurangkan fenomena mata merah.

Matikan
Tidak menggunakan Pengurangan Mata Merah.


Apakah yang menyebabkan fenomena mata merah?
Anak mata membesar dalam persekitaran gelap. Cahaya denyar dipantul daripada pembuluh darah di belakang mata (retina) (A), menyebabkan fenomena “mata merah”.
Cara-cara lain untuk mengurangkan mata merah
  • Pilih mod (Sensitiviti Tinggi) dalam Pemilihan Pemandangan. (Denyar disetkan pada [Padam] secara automatik.)

Perhatian
  • Untuk mengelakkan pengaburan imej, pegang kamera dengan tegap hingga pengatup dilepaskan. Biasanya selepas satu saat pengatup akan dilepaskan, dan pastikan juga subjek tidak dibenarkan bergerak dalam tempoh ini.

  • Pengurangan Mata Merah mungkin tidak menghasilkan kesan yang dihasratkan. Ia bergantung pada perbezaan dan keadaan individu, seperti jarak ke subjek atau jika subjek berpaling dari pra-strob.

  • Jika anda tidak menggunakan fungsi Pengesanan Muka, Pengurangan Mata Merah tidak akan berfungsi meskipun anda memilih [Auto].

  • [Kurang Mata Merah] disetkan ke [Matikan] dalam situasi berikut:

  • Dalam [Latar belakang dikaburkan]

  • Dalam mod rakaman 3D

  • Apabila mod (Anti Kabur Gerakan), (Pemandangan Malam), (Twilight Bimbit), (Sensitiviti Tinggi), (Gourmet), (Haiwan kesayangan), (Bunga api) atau (Dalam air) dipilih dalam Pemilihan Pemandangan.

  • Apabila fungsi Pengatup Senyum diaktifkan.