Seting LUN

Menetapkan kaedah paparan untuk media rakaman yang dipaparkan pada skrin komputer atau monitor lain semasa kamera disambungkan dengan sebuah komputer atau komponen AV melalui sambungan USB.
  1. MENU (Seting) (Seting Utama) [Seting LUN] mod yang diingini


Berbilang
Imej-imej pada kad ingatan dan juga pada ingatan dalaman dipaparkan. Pilih seting ini apabila anda menyambungkan kamera dengan sebuah komputer.

Tunggal
Jika kad ingatan disisipkan ke dalam kamera, imej dalam kad ingatan akan dipaparkan; jika ia tidak disisipkan, imej dalam ingatan dalaman akan dipaparkan. Pilih pengesetan ini jika imej dalam kad ingatan dan juga ingatan dalaman tidak dipaparkan apabila kamera disambungkan ke peranti selain daripada komputer.