Tolak WPS

Jika titik akses anda mempunyai butang WPS, anda boleh mendaftarkan titik akses tersebut pada kamera dengan mudah dengan menekan butang WPS.
  1. MENU (Seting) (Seting Rangkaian) [Tolak WPS]

  1. Tekan butang WPS pada titik akses yang anda mahu daftar.

Perhatian
  • Untuk menggunakan [Tolak WPS], keselamatan titik akses anda perlu disetkan kepada WPA2 atau WPA, dan menyokong sistem butang tolak WPS. Dalam kes lain, seperti apabila keselamatan diatur kepada WEP atau sistem butang tolak WPS tidak disokong, daftarkan titik akses secara manual. [Butir-butir]

  • Untuk butiran mengenai fungsi dan pengesetan titik akses anda, sila rujuk kepada manual arahan titik akses, atau hubungi orang yang menguruskan titik akses.

  • Sambungan mungkin tidak ditubuhkan atau jarak komunikasi mungkin lebih pendek bergantung kepada persekitaran sekeliling, seperti halangan di antara kamera dan titik akses, bahan halangan/dinding, keadaan gelombang radio, dll. Dalam kes sedemikian, tukar kedudukan kamera atau gerakkan kamera lebih dekat dengan titik akses.

Topik Berkaitan