Seting titik capaian

Anda boleh mendaftarkan titik akses anda secara manual.
Sebelum memulakan tatacara, semak nama SSID bagi titik akses, sistem keselamatan, dan kata laluan. Kata laluan mungkin telah dipraset dalam sesetengah peranti. Untuk butir-butir, sila lihat manual arahan titik akses wayarles, atau dapatkan nasihat pentadbir rangkaian.
  1. MENU (Seting) (Seting Rangkaian) [Seting titik capaian]

  1. Pilih titik akses yang anda mahu daftarkan.

Apabila titik akses yang dikehendaki dipaparkan pada skrin:
Pilih titik akses yang dikehendaki.

Apabila titik akses yang dikehendaki tidak dipaparkan pada skrin:
Pilih [Set manual] dan setkan titik akses.
* Untuk kaedah input, rujuk “Cara menggunakan papan kekunci”.

  • Jika anda memilih [Daftar manual], input nama SSID bagi titik akses pilih sistem keselamatan.

  1. Input kata laluan [OK]

  • Titik akses yang tidak memaparkan tidak memerlukan kata laluan untuk dimasukkan.

  1. Pilih [Daftar], kemudian tekan .

Cara menggunakan papan kekunci

Apabila masukan aksara insani diperlukan, papan kekunci dipaparkan pada skrin.
Pilih butang yang diingini menggunakan ///, kemudian tekan untuk memasukkan aksara.


Nama skrin
Fungsi
(1)
Kotak input
Aksara yang anda masukkan dipaparkan. Jika anda menginput aksara yang melebihi bilangan aksara yang disetkan, dipaparkan pada skrin.
(2)
Menukar jenis aksara
Setiap kali anda menekan , jenis aksara ditukar di antara huruf abjad, angka dan simbol.
(3)
Papan Kekunci
Setiap kali anda menekan , aksara yang anda masukkan akan dipaparkan.
Sebagai contoh: Jika anda mahu memasukkan “abd”
Pilih kekunci “abc” dan tekan satu kali untuk memaparkan “a” pilih “” untuk menggerakkan kursor (5) dan tekan pilih kekunci “abc” dan tekan dua kali untuk memaparkan “b” pilih kekunci “def” dan tekan satu kali untuk memaparkan “d”
(4)
Tetap
Menetapkan masukan.
(5)
Gerak kursor
Menggerakkan kursor dalam kotak input ke kanan atau kiri.
(6)
Padam
Memadam aksara sebelum kursor.
(7)
Menukar aksara yang seterusnya kepada huruf besar atau huruf kecil.
(8)
Jarak
Masukkan ruang jarak.

  • Untuk membatalkan pemasukan aksara di tengah-tengah, pilih [Batal].

Item pengesetan yang lain

Bergantung pada status atau kaedah pengesetan titik akses anda, anda mungkin mahu mengesetkan lebih banyak item.

Nama skrin
Fungsi
WPS PIN
Memaparkan kod PIN untuk masuk ke dalam peranti yang disambungkan.
Seting alamat IP
Pilih [Automatik] atau [Set manual].
Alamat IP
Jika anda memasukkan alamat IP secara manual, masukkan alamat set.
Topeng subnet/Get laluan default
Apabila anda setkan [Seting alamat IP] kepada [Set manual], masukkan alamat IP untuk memadani persekitaran rangkaian anda.
Sambngn Keutamaan
Pilih [Hidupkan] atau [Matikan] bagi [Sambngn Keutamaan].

Perhatian
  • Untuk memberikan keutamaan kepada titik akses yang didaftarkan, setkan [Sambngn Keutamaan] kepada [Hidupkan].

Topik Berkaitan