Buat Folder RAKAM

Mencipta folder dalam kad ingatan untuk merakam imej.
Imej dirakam dalam folder yang baru diwujudkan sehingga anda mewujudkan folder lain atau memilih folder rakaman lain.
  1. MENU (Seting) (Alat Kad Memori) [Buat Folder RAKAM] [OK]

Mengenai folder
Selepas folder baru dicipta, anda boleh menukar folder destinasi storan. [Butir-butir]
Perhatian
  • Item ini tidak akan dipaparkan apabila memori dalaman digunakan untuk merakam imej.

  • Apabila anda menyisipkan kad ingatan yang digunakan dengan kelengkapan lain ke dalam kamera dan merakam imej, folder baru mungkin dicipta secara automatik.

  • Sebanyak 4,000 imej boleh disimpan di dalam satu folder. Apabila kapasiti folder telah dilampaui, folder baru akan dicipta secara automatik.