Salin

Menyalin semua imej dalam ingatan dalaman kepada kad ingatan.
  1. Sisipkan kad ingatan dengan kapasiti kosong yang mencukupi ke dalam kamera.

  1. MENU (Seting) (Alat Kad Memori) [Salin] [OK]

Perhatian
  • Gunakan pek bateri yang telah dicas sepenuhnya. Jika anda cuba menyalin fail imej dengan menggunakan pek bateri yang mengandungi cas yang sedikit, pek bateri itu mungkin kehabisan kuasa dan menyebabkan penyalinan gagal atau mungkin merosakkan data.

  • Imej tidak boleh disalin secara berasingan.

  • Imej asal dalam memori dalaman dikekalkan meskipun selepas penyalinan. Untuk memadam kandungan ingatan dalaman, keluarkan kad ingatan selepas penyalinan, kemudian formatkan ingatan dalaman ([Format] dalam [Alat Memori Dalaman]).

  • Data akan disalin ke folder rakaman yang sedang digunakan, dengan nombor yang kiraannya satu lebih tinggi daripada nombor data terbesar dalam folder itu. [Butir-butir]