Melihat imej pada TV HD menggunakan Kabel HDMI (dijual berasingan)
-
Matikan kamera dan juga TV.
-
Sambungkan jek mikro HDMI kamera (A) dan jek HDMI TV (B) menggunakan Kabel HDMI (dijual berasingan) (C).

-
Hidupkan televisyen dan tetapkan input.
-
Hidupkan kamera.

-
“PhotoTV HD” membolehkan satu ekspresi tekstur dan warna halus yang amat terperinci dan seumpama foto.
-
Apabila kamera disambung kepada sebuah televisyen Sony yang serasi dengan mod Video A dengan menggunakan satu Kabel HDMI, televisyen anda diatur secara automatik kepada kualiti gambar yang sesuai untuk imej-imej pegun. Apabila seting televisyen diatur kepada Video, kualiti gambar diatur kepada kualiti yang sesuai bagi wayang gambar.
-
Apabila memain balik sebuah wayang gambar AVCHD, adalah disyorkan bahawa anda mengaturkan [Mod Pandangan] kepada [Pandngn AVCHD].
-
Untuk butiran lanjut, lihat arahan-arahan operasi televisyen.
-
Imej yang dirakam dalam saiz imej [VGA] tidak boleh dimainkan balik dalam format HD.
-
Jangan menyambung kamera dan peralatan yang perlu disambungkan dengan menggunakan kedua-dua terminal output. Jika kamera dan TV disambungkan dengan menggunakan terminal output, video atau bunyi tidak dihasilkan. Sambungan sedemikian juga boleh menyebabkan masalah terhadap kamera dan/atau peralatan yang disambungkan.
-
Kamera mungkin tidak berfungsi dengan betul untuk sesetengah TV HD. Sebagai contoh, anda mungkin tidah dapat melihat video pada TV HD anda atau mendengar bunyi daripada TV HD.
-
Gunakan Kabel HDMI dengan logo HDMI.
-
Gunakan penyambung mini HDMI pada salah satu hujung (untuk kamera), dan penyambung yang sesuai untuk sambungan kepada TV anda pada hujung yang satu lagi. Anda tidak boleh melihat imej pada TV yang tidak mempunyai penyambung HDMI.
-
Rakaman mungkin berhenti secara automatik untuk melindungi kamera selepas tempoh masa tertentu jika anda merakam wayang dengan kamera dan TV tersambung melalui Kabel HDMI (dijual berasingan).