Melihat imej pada TV serasi “BRAVIA” Sync

Apabila anda menggunakan TV yang mempunyai sokongan “BRAVIA” Sync (serasi dengan SYNC MENU), anda boleh menjalankan fungsi main balik kamera menggunakan alat kawalan jauh yang dibekalkan bersama-sama TV dengan menyambungkan kamera ke TV menggunakan Kabel HDMI (dijual berasingan).
  1. Matikan kamera dan juga TV.

  1. Sambungkan jek mikro HDMI kamera (A) dan jek HDMI TV (B) menggunakan Kabel HDMI (dijual berasingan) (C).

  1. Hidupkan televisyen dan tetapkan input.

  1. Hidupkan kamera.

  1. MENU (Seting) (Seting Utama) [KAWAL: HDMI] [Hidupkan]

  1. Tekan butang SYNC MENU pada peranti kawalan jauh TV untuk memilih mod yang diingini.

Perhatian
  • Apabila kamera disambungkan kepada set TV menggunakan Kabel HDMI, fungsi yang anda dapat jalankan adalah terbatas.

  • Anda boleh melaksanakan operasi kamera menggunakan alat kawalan jauh TV anda dengan menyambungkan kamera anda kepada TV serasi “BRAVIA” Sync. Untuk butir-butir, lihat arahan pengoperasian TV.

  • Jika kamera berfungsi dengan cara yang tidak betul semasa anda mengawalnya menggunakan alat kawalan jauh TV, misalnya apabila disambung melalui HDMI ke TV pengeluar lain, tekan MENU (Seting) (Seting Utama) [KAWAL: HDMI] [Matikan].

  • Apabila kamera berada dalam Mod Mudah, SYNC MENU tidak muncul pada TV.