Melihat imej 3D pada TV 3D

Anda boleh melihat imej 3D yang dirakam pada kamera dalam format 3D dengan menyambungkan kamera kepada TV 3D menggunakan Kabel HDMI (dijual berasingan).
Rujuk juga kepada arahan operasi yang dibekalkan dengan televisyen.
  1. Matikan kamera dan juga TV.

  1. Sambungkan kamera kepada TV dengan Kabel HDMI (dijual berasingan).

A: Jek mikro HDMI
B: Kabel HDMI
  1. Hidupkan televisyen dan tetapkan input.

  1. Menukar ke mod main balik.

  1. MENU (Menonton 3D)

Imej yang diambil dengan kamera dipapar pada televisyen.
  1. Pilih imej dan setkan mod yang dikehendaki.


Operasi
Tindakan
Secara berterusan memainkan balik imej 3D sahaja.
Imej sebelumnya
Imej seterusnya
Menamatkan main balik 3D.

  • Anda boleh menukar skala zum untuk imej pegun 3D menggunakan tuas W/T (zum).

Perhatian
  • Apabila anda memilih mod (Menonton 3D), hanya imej 3D dipaparkan.

  • Jangan menyambung kamera dan peralatan yang perlu disambungkan dengan menggunakan terminal output. Jika kamera dan TV disambungkan dengan menggunakan terminal output, video dan bunyi tidak dihasilkan. Sambungan sedemikian juga boleh menyebabkan masalah terhadap kamera dan/atau peralatan yang disambungkan.

  • Fungsi ini mungkin tidak berfungsi dengan betul untuk sesetengah TV. Sebagai contoh, anda mungkin tidak dapat melihat video pada TV anda, mengoutput dalam mod 3D atau mendengar bunyi daripada TV.

  • Gunakan Kabel HDMI dengan logo HDMI.

  • Apabila menyambungkan kamera ke TV, gunakan Kabel HDMI yang boleh disambungkan kepada jek mikro HDMI pada hujung kamera dan kepada jek TV.

  • Rakaman mungkin berhenti secara automatik untuk melindungi kamera selepas tempoh masa tertentu semasa anda merakam wayang dengan keadaan kamera dan TV tersambung melalui Kabel HDMI (dijual berasngan).

Topik Berkaitan