Persekitaran komputer yang disyorkan
Persekitaran komputer yang berikut disyorkan apabila menggunakan perisian“PlayMemories Home” (Windows), “Music Transfer” dan “Wireless Auto Import” (Windows/Mac) dan apabila mengimport imej melalui sambungan USB.
Windows
|
OS (diprapasangkan)
|
Microsoft
Windows
XP* SP3/Windows
Vista
SP2/Windows 7
SP1/ Windows 8
|
|
CPU
|
Intel Pentium III 800 MHz atau lebih laju (Untuk memainkan/mengedit wayang Definisi Tinggi: Intel Core Duo 1.66 GHz atau lebih laju/Intel Core 2 Duo 1.66 GHz atau lebih laju (Intel Core 2 Duo 2.26 GHz atau lebih laju diperlukan semasa memproses wayang AVC (FX/FH.))
|
|
Ingatan
|
Windows
XP: 512 MB atau lebih (1 GB atau lebih disarankan.)
Windows
Vista / Windows 7 / Windows 8: 1 GB atau lebih
|
|
Cakera Keras (Ruangan cakera yang diperlukan untuk pemasangan)
|
Lebih kurang 500 MB
|
|
Paparan
|
1,024 bintik × 768 bintik atau lebih
|
* Edisi 64-bit dan Starter (Edition) tidak disokong.
Windows Image Mastering API (IMAPI) Ver.2.0 atau lebih kemudian diperlukan untuk mencipta satu cakera.
Mac
|
OS (diprapasangkan)
|
Sambungan USB: Mac OS X v10.5 hingga v10.8
Music Transfer: Mac OS X v10.5 hingga v10.8*
Wireless Auto Import : Mac OS X v10.5 – v10.7
|
* Dilengkapi dengan Intel processor
Perhatian
-
Operasi tidak dijamin dalam persekitaran yang berdasarkan naik taraf sistem pengoperasian yang digambarkan di atas atau dalam persekitaran but berbilang.
-
Jika anda menyambungkan dua atau lebih peranti USB kepada sebuah komputer dalam masa yang sama, sesetengah peranti, termasuk kamera, mungkin tidak beroperasi, bergantung kepada jenis peranti USB yang anda gunakan.
-
Menyambungkan kamera menggunakan antara muka USB yang serasi dengan Hi-Speed USB (USB 2.0) membolehkan pemindahan termaju (pemindahan kelajuan tinggi), kerana kamera serasi dengan Hi-Speed USB (USB 2.0).
-
Apabila komputer anda menyambung aktiviti daripada mod gantung atau tidur, komunikasi antara kamera dengan komputer anda mungkin tidak pulih pada masa yang sama.

Sebelum Guna