Memasang “PlayMemories Home” (Windows)
-
Menggunakan pelayar Internet pada komputer anda, lawati URL yang berikut, kemudian klik [Install]
[Run].
-
Ikuti arahan pada skrin untuk menyelesaikan pemasangan.
-
Apabila mesej untuk menyambungkan kamera kepada sebuah komputer dipaparkan, sambung dengan menggunakan kabel USB mikro (yang dibekalkan) (A).

-
Untuk butir-butir mengenai “PlayMemories Home”, lihat
(PlayMemories Home Help Guide) atau halaman sokongan PlayMemories Home yang berikut (Bahasa Inggeris sahaja):
http://www.sony.co.jp/pmh-se/
-
Log masuk sebagai Pentadbir.
-
Komputer anda mungkin perlu dimulakan semula. Apabila mesej pengesahan mula semula dipapar, mulakan semula komputer mengikut arahan pada skrin.
-
DirectX mungkin dipasang bergantung pada persekitaran sistem komputer anda.
-
Mac tidak menyokong “PlayMemories Home”. Gunakan perisian yang diberkas sekali dengan Mac untuk memainkan balik imej.
-
Jika “PlayMemories Home” telah pun dipasang pada komputer anda, sambungkan kamera dengan komputer dan daftarkan kamera anda dengan “PlayMemories Home”. Fungsi yang tersedia diaktifkan.
-
Jika perisian “PMB (Picture Motion Browser)” telah pun dipasang pada komputer anda, “PlayMemories Home” akan menulis gantinya dan akan dipasang. Walaupun beberapa fungsi “PlayMemories Home” berbeza daripada fungsi “PMB”, gunakan “PlayMemories Home”.
Memulakan “PlayMemories Home” (Windows)
-
Klik dua kali pada
(PlayMemories Home) pada desktop.
-
Untuk memulakan “PlayMemories Home” dari menu Mula, pilih [Start]
[All Programs]
(PlayMemories Home).
-
Untuk Windows 8, pilih ikon [PlayMemories Home] pada skrin Mula.
Mengakses “PlayMemories Home Help Guide” (Windows)
-
Klik dua kali pada
(PlayMemories Home Help Guide) pada desktop.
-
Untuk memulakan “PlayMemories Home Help Guide” dari menu Mula, pilih [Start]
[All Programs]
[PlayMemories Home]
[PlayMemories Home Help Guide].
-
Windows 8: pilih [PlayMemories Home Help Guide] daripada [Help] dalam [PlayMemories Home].

Sebelum Guna