Memilih kaedah untuk mencipta cakera wayang
Anda boleh mencipta cakera daripada wayang AVCHD yang telah dirakam dengan kamera ini.
Pilih kaedah yang sesuai dengan pemain cakera anda.
Untuk butir-butir tentang kaedah mencipta cakera menggunakan “PlayMemories Home”, lihat “PlayMemories Home Help Guide”.
Untuk mengimport wayang ke dalam PC, lihat [Butir-butir].
Jenis cakera/Tujuan
|
Kualiti wayang yang boleh dirakamkan
|
Pemain
|
||
FX
|
FH
|
HQ
|
||
![]() Untuk menyimpan imej dalam kualiti imej definisi tinggi (HD)
|
![]() |
![]() |
![]() |
Peranti main balik cakera Blu-ray (pemain cakera Blu-ray
Sony, PlayStation 3, dll.)
|
![]() Untuk menyimpan imej dalam kualiti imej definisi tinggi (HD) (cakera AVCHD)
|
![]() |
![]() |
![]() |
Peranti main balik format AVCHD (pemain cakera Blu-ray
Sony, PlayStation 3, dll.)
|
![]() Untuk menyimpan imej dalam kualiti imej definisi piawai (STD)
|
![]() |
![]() |
![]() |
Peranti main balik DVD biasa (Pemain DVD, komputer yang boleh memainkan DVD, dll.)
|
*Wayang boleh disimpan dengan menukarkan mereka ke kualiti imej yang lebih rendah apabila mencipta cakera menggunakan “PlayMemories Home”.
Ciri-ciri setiap jenis cakera
![]() Kualiti imej definisi tinggi (HD)
|
Penggunaan cakera Blu-ray membolehkan anda merakam wayang kualiti imej definisi tinggi (HD) dengan tempoh yang lebih panjang daripada cakera DVD.
|
![]() Kualiti imej definisi tinggi (HD) (cakera AVCHD)
|
Wayang kualiti imej definisi tinggi (HD) boleh dirakam pada media DVD, seperti cakera DVD-R, dan cakera kualiti imej definisi tinggi (HD) dicipta.
|
![]() Kualiti imej definisi piawai (STD)
|
Wayang kualiti imej definisi piawai (STD) yang ditukarkan dari wayang kualiti imej definisi tinggi (HD) boleh dirakam pada media DVD, seperti cakera DVD-R, dan cakera kualiti imej definisi piawai (STD) dicipta.
|

Cakera 12 cm yang berikut boleh digunakan dengan “PlayMemories Home”. Untuk maklumat tentang cakera Blu-ray, lihat [Butir-butir].
DVD-R / DVD+R/ DVD+R DL: Tidak boleh ditulis semula.
DVD-RW / DVD+RW: Boleh ditulis semula dan digunakan semula.
-
Sentiasa selenggara PlayStation 3 anda supaya menggunakan versi terkini perisian sistem PlayStation 3.
-
PlayStation 3 mungkin tidak boleh didapati di sesetengah negara/kawasan.
Mencipta cakera dengan peranti selain daripada komputer
Anda juga boleh mencipta cakera menggunakan perakam Blu-ray dan sebagainya. Bergantung pada peranti yang anda gunakan, jenis cakera yang boleh dicipta adalah berbeza-beza.
Peranti
|
Jenis cakera
|
|
![]() Mencipta cakera Blu-ray atau cakera dalam kualiti imej definisi piawai (STD) menggunakan perakam Blu-ray.
|
![]() Kualiti imej definisi tinggi (HD)
|
![]() Kualiti imej definisi piawai (STD)
|
![]() Mencipta cakera kualiti imej definisi piawai (STD) menggunakan peranti seperti perakam HDD.
|
![]() Kualiti imej definisi piawai (STD)
|
—
|
Perhatian
-
Untuk butir-butir tentang cara mencipta cakera, rujuk arahan operasi peranti yang anda gunakan.
Mencipta cakera Blu-ray
Anda boleh mencipta cakera Blu-ray daripada wayang AVCHD yang diimport ke PC.
PC tersebut mestilah berupaya mencipta cakera Blu-ray. Cakera BD-R (tidak boleh tulis semula) atau BD-RE (boleh tulis semula) boleh digunakan. Rakaman berbilang sesi tidak boleh dibuat.
Untuk mencipta cakera Blu-ray menggunakan “PlayMemories Home”, pastikan perisian tambahan khusus telah dipasang.
Untuk butir-butir, lihat URL yang berikut:
Untuk memasang, PC anda mestilah disambungkan ke Internet.
Untuk operasi terperinci, lihat “PlayMemories Home Help Guide”.