Pek bateri dan kuasa

Tidak boleh memasukkan pek bateri ke dalam kamera.
  • Pastikan arah pek bateri adalah betul, dan masukkannya sehingga tuas lenting bateri terkunci.

Tidak boleh menghidupkan kamera.
  • Selepas memasukkan pek bateri ke dalam kamera, kamera akan mengambil sedikit masa untuk dihidupkan.

  • Pastikan pek bateri dimasukkan dengan betul.

  • Pek bateri akan ternyahcas dengan sendiri walaupun anda tidak menggunakannya. Caskan pek bateri sebelum digunakan.

Kuasa dimatikan dengan tiba-tiba.
  • Bergantung pada kamera dan suhu bateri, kuasa mungkin dimatikan secara automatik untuk melindungi kamera. Dalam keadaan ini, mesej dipaparkan pada skrin sebelum kuasa dimatikan.

  • Jika anda tidak mengoperasi kamera untuk tempoh masa tertentu ketika kuasa dihidupkan dan [Jimat Kuasa] disetkan kepada [Piawaian] atau [Maksimum], kamera dimatikan secara automatik untuk mengelakkan kehausan pek bateri. Hidupkan kamera sekali lagi.

Penunjuk baki cas tidak betul.
  • Ini berlaku apabila anda menggunakan kamera di dalam lokasi yang terlalu panas atau sejuk.

  • Kapasiti bateri menurun mengikut masa dan melalui penggunaan berulang. Jika masa penggunaan antara cas berkurangan secara ketara, mungkin sudah tiba masanya untuk menggantikan bateri itu dengan yang baru.

Lampu kuasa/cas kamera berkelip semasa mengecas bateri.
  • Lampu cas kamera berkelip secara tidak tetap apabila anda menggunakan pek bateri yang sudah lama tidak digunakan. Dalam hal sedemikian, keluarkan pek bateri dari kamera dan masukkan semula.

Bateri tidak dicas walaupun lampu cas dimatikan dan pengecasan telah selesai.
  • Ini berlaku apabila anda mengecas pek bateri di lokasi yang terlampau panas atau sejuk. Cas pek bateri di dalam julat suhu pengecasan yang betul di antara 10°C hingga 30°C.