Komputer

Komputer anda tidak mengecam kamera anda.
  • Setkan [Seting Sambngn USB] kepada [Mass Storage]. [Butir-butir]

  • Gunakan kabel USB mikro (yang dibekalkan).

  • Tanggalkan kabel USB daripada komputer dan juga kamera, dan sambung sekali lagi dengan kukuh.

  • Tanggalkan semua kelengkapan selain daripada kamera, papan kekunci dan tetikus daripada penyambung USB komputer anda.

  • Sambungkan kamera terus ke komputer anda tanpa melalui hab USB atau peranti lain.

  • Setkan [Sumber Kuasa USB] kepada [Matikan]. Komputer anda boleh mengecam kamera.

Tidak boleh import imej.
  • Sambungkan kamera dan komputer anda dengan betul dengan membuat sambungan USB. [Butir-butir]

  • Apabila anda merakam imej dengan kad ingatan yang diformatkan dengan komputer, anda mungkin tidak dapat mengimport imej ke komputer. Rakam menggunakan kad ingatan yang diformatkan oleh kamera. [Butir-butir]

Selepas membuat sambungan USB, “PlayMemories Home” tidak bermula secara automatik.
  • Buat sambungan USB selepas komputer dihidupkan.

Tidak boleh main balik imej pada komputer anda.
  • Jika anda sedang menggunakan “PlayMemories Home”, rujuk “PlayMemories Home Help Guide”. [Butir-butir]

  • Hubungi pengilang komputer atau perisian.

Imej dan bunyi diganggu oleh hingar apabila anda menonton wayang pada komputer.
  • Anda sedang memainkan balik wayang terus dari kad ingatan. Import wayang ke komputer anda menggunakan “PlayMemories Home” dan main balik wayang itu. [Butir-butir]

Imej-imej yang telah dieskport ke sebuah komputer tidak boleh dilihat pada kamera.
  • Gunakan “PlayMemories Home” untuk memainkan imej yang disimpan pada PC dengan kamera ini. Gunakan perisian yang diberkas sekali dengan Mac untuk memainkan balik imej.

  • Daftarkan imej dalam Fail Pangkalan Data Imej dan mainkan dalam [PndanganTarikh]. [Butir-butir]