Pencetakan
-
Bergantung pada pencetak anda, kesemua bahagian tepi imej boleh dipotong. Hujung lateral imej mungkin terpotong terutamanya apabila anda mencetak imej yang diambil dengan saiz imej ditetapkan kepada [16:9], hujung lateral imej mungkin terpotong.
-
Apabila mencetak imej dengan menggunakan pencetak anda, batalkan seting-seting pemangkasan atau tanpa sempadan. Hubungi pengilang pencetak sama ada pencetak menyediakan fungsi ini atau tidak.
-
Apabila perlu mencetak imej di kedai cetakan digital, tanya pekedai sama ada mereka boleh mencetak imej tanpa memotong kedua-dua sisi.
-
Pilih MENU
(Seting Rakaman)
[Tarikh Tulis]
[Hidupkan] untuk memasukkan tarikh pada imej. Pastikan bahawa sebaik sahaja tarikh dimasukkan, anda tidak boleh mengeluarkan tarikh itu dari imej tersebut.
-
Dengan menggunakan “PlayMemories Home”, anda boleh memasukkan tarikh pada imej pegun yang telah dirakamkan tanpa tarikh. [Butir-butir]
-
Imej 3D yang dipaparkan pada kamera ialah fail MPO, tetapi imej yang hendak dicetak ialah fail JPEG, maka dalam kes tertentu, imej yang hendak dicetak adalah tidak sama dengan imej yang dipaparkan pada skrin.