Paparan diagnostik diri

Jika kod bermula dengan huruf abjad dipaparkan, fungsi diagnostik kendiri pada kamera berfungsi. Dua angka terakhir (ditunjukkan dengan ) akan berbeza bergantung kepada keadaan kamera.
Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah walaupun telah mencuba tindakan pembetulan berikut beberapa kali, kamera anda mungkin perlu diperbaiki.
Hubungi pengedar Sony anda atau pusat perkhidmatan servis Sony tempatan yang sah.
C:32:
  • Ada masalah dengan perkakasan kamera. Matikan dan hidupkan kuasa sekali lagi.

C:13:
  • Kamera tidak boleh membaca atau menulis data pada kad ingatan. Cuba matikan dan hidupkan kamera sekali lagi, atau keluarkan dan sisipkan kad ingatan beberapa kali.

  • Ingatan dalaman telah mengalami ralat format, atau kad ingatan yang belum diformat telah disisipkan. Formatkan ingatan dalaman atau kad ingatan. [Butir-butir]

  • Kad ingatan yang disisipkan tidak boleh digunakan dengan kamera, atau datanya rosak. Sisipkan kad ingatan baru.

E:61:
E:62:
E:91:
  • Pincang tugas kamera telah berlaku. Mulakan kamera, kemudian hidupkan kuasa sekali lagi. [Butir-butir]

E:94:
  • Ada pincang tugas apabila menulis atau memadam data. Perbaikan diperlukan. Hubungi pengedar Sony anda atau pusat perkhidmatan servis Sony tempatan yang sah. Bersedia untuk memberikan semua nombor dalam kod ralat bermula dari E.