Mesej

-
Aras bateri rendah. Caskan pek bateri dengan segera. Bergantung pada keadaan penggunaan atau jenis pek bateri, penunjuk mungkin berdenyar walaupun masih terdapat baki masa bateri selama 5 minit hingga 10 minit.
-
Bateri yang dimasukkan bukan pek bateri jenis NP-BN atau NP-BN1.
-
Suhu kamera telah naik. Kuasa mungkin dimatikan secara automatik, atau anda mungkin tidak dapat merakam wayang. Letak kamera di tempat yang sejuk sehingga suhu menurun.
-
Matikan dan kemudian hidupkan kuasa sekali lagi.
-
Kad ingatan yang dimasukkan tidak boleh digunakan dalam kamera. [Butir-butir]
-
Bahagian terminal kad ingatan adalah kotor.
-
Kad ingatan telah rosak.
-
Kad ingatan yang dimasukkan tidak boleh digunakan dalam kamera. [Butir-butir]
-
Kad ingatan yang dimasukkan tidak boleh digunakan dalam kamera. [Butir-butir]
-
Jika anda menggunakan kad ingatan yang telah dirakamkan dan dipadamkan berulang kali, atau yang telah diformatkan pada kamera berbeza, kelajuan menulis data mungkin terlalu perlahan. Mula-mula buat sandaran bagi apa-apa data pada kad ke komputer, dan kemudian format semula kad sebelum menggunakannya. [Butir-butir]
-
Kelajuan tulis bagi kad ingatan yang anda gunakan adalah tidak mencukupi untuk merakam wayang. Gunakan kad “Memory Stick PRO-HG Duo”, “Memory Stick PRO Duo” (Mark2), “Memory Stick XC-HG Duo”, “Memory Stick Micro” (Mark2) atau SD (Kelas 4 atau lebih laju).
-
Anda sedang menggunakan kad ingatan dengan suis lindung-tulis, dan suis disetkan kepada kedudukan LOCK. Tetapkan suis kepada kedudukan rakaman.
-
Kamera tidak boleh merakam atau memadam imej pada kad ingatan ini.
-
Masukkan semula kad ingatan, dan pilih [OK] untuk memulihkan data.
-
Memori dalaman tidak mengandungi rakaman imej yang boleh dimainkan balik.
-
Folder kad ingatan ini tidak mengandungi rakaman imej yang boleh dimainkan balik.
-
Tidak ada imej 3D yang boleh dimainkan balik dalam mod [Menonton 3D].
-
Folder atau tarikh yang dipilih tidak mengandungi fail yang boleh dimainkan balik dalam pertunjukan slaid.
-
Anda cuba memadam folder yang mengandungi fail yang tidak boleh dimainkan balik pada kamera ini. Padam fail pada komputer dan kemudian padam folder.
-
Folder dengan nombor tiga angka pertama yang sama sudah wujud pada kad ingatan (sebagai contoh: 123MSDCF dan 123ABCDE). Pilih folder lain [Butir-butir], atau cipta folder baru [Butir-butir].
-
Folder dengan nama yang bermula dengan “999” sudah wujud pada kad ingatan. Dalam kes ini, anda tidak boleh mencipta sebarang folder.
-
Anda cuba memadam folder yang mengandungi satu atau lebih fail. Padam semua fail dan kemudian padam folder.
-
Anda cuba memadam folder yang dilindungi sebagai baca sahaja pada komputer.
-
Ralat berlaku ketika imej dimainkan balik.
Fail yang mengandungi imej yang telah diproses pada sebuah komputer atau imej yang telah dirakam dengan kamera lain tidak dijamin boleh dimainkan balik pada kamera ini.
-
Anda telah memilih folder yang tidak boleh ditetapkan sebagai folder rakaman pada kamera. Pilih folder lain. [Butir-butir]
-
Lepaskan perlindungan. [Butir-butir]
-
Anda sedang memainkan balik imej dengan saiz yang tidak boleh dimainkan balik pada kamera.
-
Anda mungkin tidak dapat merapikan imej bergantung pada imej itu.

-
Goncangan kamera mungkin berlaku disebabkan cahaya yang tidak mencukupi. Gunakan denyar, atau pasang kamera pada tripod untuk mengukuhkan kamera.
MP4 6M tidak disokong dengan kad memori ini.
-
Untuk merakam wayang, anda disarankan agar menggunakan “Memory Stick PRO Duo” (Mark2), “Memory Stick PRO-HG Duo”, “Memory Stick XC-HG Duo” atau kad SD (Kelas 4 atau lebih laju).
-
Setkan [Format wayang] kepada [MP4]. [Butir-butir]
-
Lensa mengalami pincang tugas.
-
Sehingga 100 fail boleh dipilih apabila menggunakan [Imej Berbilang].
-
Anda boleh menambahkan tanda
(Arahan cetak) pada sehingga 999 buah fail.
-
Padamkan fail Muzik, atau gantikan dengan fail Muzik normal.
-
Laksanakan [Kosong Muzik], kemudian muat turun fail Muzik baru.
-
Laksana [Kosong Muzik].
-
Fungsi pemprosesan dan pengeditan lain pada kamera tidak boleh dilakukan ke atas fail imej yang telah diproses dengan sebuah komputer atau imej yang telah dirakam dengan kamera lain.
-
Kamera mengembalikan maklumat tarikh dsb., sekiranya imej telah terpadam pada PC, dll.
-
Fail Pangkalan Data Imej yang diperlukan dicipta selepas kad ingatan diformatkan.

-
Bilangan imej yang melebihi bilangan pengurusan tarikh dalam fail pangkalan data oleh kamera dibolehkan. Untuk mendaftarkan imej tambahan dalam Fail Pangkalan Data Imej, padamkan imej dalam [PndanganTarikh].
-
Wayang AVCHD tidak boleh dirakam atau dimainkan kerana Fail Pangkalan Data Imej telah rosak. Ikuti arahan pada skrin untuk memulihkan Fail Pangkalan Data Imej.

-
Tidak dapat merakam ke Fail Pangkalan Data Imej kamera atau main balik menggunakan [PndanganTarikh]. Gunakan “PlayMemories Home” untuk membuat sandaran bagi semua imej ke PC dan gunakannya untuk memulihkan kad ingatan.
-
Import semua imej ke komputer dengan “PlayMemories Home”, dan formatkan kad ingatan atau ingatan dalaman. [Butir-butir]
Untuk melihat imej sekali lagi dengan kamera, eksportkan imej yang diimport ke kamera dengan “PlayMemories Home”.
-
Suhu kamera telah naik. Anda tidak boleh merakam imej sehingga suhu telah turun.
-
Rakaman telah dihentikan kerana kenaikan suhu semasa merakam wayang. Sila tunggu sehingga suhu turun.
-
Apabila anda merakam wayang untuk jangka masa yang lama, suhu kamera naik. Dalam keadaan ini, hentikan rakaman wayang.