Langkah berjaga-jaga
Sokongan ingatan dalaman dan kad ingatan
Pada fail pangkalan data
Jangan guna/simpan kamera di tempat-tempat berikut
-
Di tempat yang amat panas, sejuk atau lembap
Di tempat-tempat seperti dalam kereta yang diletakkan di tengah cuaca terik, badan kamera mungkin menjadi berubah bentuk dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
-
Menyimpan di bawah pancaran cahaya matahari atau berdekatan pemanas
Badan kamera mungkin berubah warna atau berubah bentuk dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
-
Di lokasi yang mengalami gegaran yang kuat
-
Berhampiran kawasan magnet yang kuat
-
Di tempat-tempat berpasir atau berdebu
Berhati-hati dan jangan biarkan pasir atau debu memasuki kamera. Ini mungkin menyebabkan kamera pincang tugas, dan dalam sesetengah kes pincang tugas ini tidak boleh dibaiki.
Mengenai pembawaan
Mengenai suhu pengoperasian
Mengenai pemeluwapan lembapan
-
Jika kamera dibawa terus dari satu lokasi sejuk ke satu lokasi panas, lembapan mungkin memeluwap di dalam atau di luar kamera. Pemeluapan kelembapan mungkin menyebabkan kamera pincang tugas.
-
Jika pemeluwapan lembapan berlaku, matikan kamera dan tunggu lebih kurang satu jam sehingga lembapan tersejat. Ambil perhatian bahawa jika anda cuba mengambil gambar apabila masih ada lembapan di dalam lensa, anda tidak akan dapat merakam imej yang jelas.
Fungsi-fungsi yang terbina ke dalam kamera ini
-
Ketika berada dalam kapal terbang, setkan [Mod kapal terbang] kepada [Hidupkan].
-
Jangan menonton imej 3D yang dirakam dengan kamera ini untuk tempoh masa yang lama pada monitor serasi 3D.
-
Apabila anda melihat imej 3D yang dirakam dengan kamera ini pada monitor serasi 3D, anda boleh mengalami ketidakselesaan dalam bentuk ketegangan mata, keletihan, atau rasa loya. Untuk mengelakkan simptom-simptom ini, kami menyarankan agar anda mengambil waktu rehat dari semasa ke semasa.
Walau bagaimanapun, anda perlu menentukan sendiri kekerapan dan lamanya waktu rehat yang anda perlukan, kerana ini berbeza-beza mengikut individu. Jika anda mengalami apa-apa jenis ketidakselesaan, berhenti menonton imej 3D sehingga anda berasa lebih baik, dan dapatkan nasihat doktor jika perlu. Rujuk juga arahan operasi yang dibekalkan dengan peranti atau perisian yang anda telah sambungkan atau sedang gunakan bersama-sama kamera ini. Ambil perhatian bahawa penglihatan kanak-kanak masih berada di peringkat perkembangan (terutamanya kanak-kanak di bawah umur 6 tahun). Rujuk pakar pediatrik atau pakar oftalmologi sebelum membenarkan anak anda melihat imej 3D, dan pastikan dia mematuhi langkah berjaga-jaga di atas apabila melihat imej sedemikian.
Mengenai keserasian data imej
-
Kamera mematuhi piawaian universal DCF (Design rule for Camera File system) yang ditetapkan oleh JEITA (Japan Electronics and Information Technology Industries Association).
-
Sony tidak menjamin bahawa kamera akan memainkan balik imej yang dirakam atau diedit dengan kelengkapan lain, atau kelengkapan lain akan memainkan balik imej yang dirakam dengan kamera.
Perhatian semasa memainkan wayang pada peranti lain
-
Kamera ini juga menggunakan MPEG-4 AVC/H.264 High Profile untuk merakam format AVCHD. Wayang yang dirakamkan dalam format AVCHD dengan kamera ini tidak boleh dimainkan dengan peranti-peranti yang berikut.
-
Peranti lain yang serasi dengan format AVCHD yang tidak menyokong High Profile
-
Peranti-peranti yang tak serasi dengan format AVCHD
-
Anda hanya boleh memainkan cakera kualiti imej definisi tinggi (HD) pada peranti main balik format AVCHD. Pemain DVD atau perakam DVD tidak boleh memainkan balik cakera yang dirakam dalam kualiti imej definisi tinggi (HD) kerana ia tidak serasi dengan format AVCHD. Seperkara lagi, jika anda memasukkan cakera kualiti imej definisi tinggi (HD) yang dirakamkan dalam format AVCHD ke dalam pemain DVD atau perakam DVD, anda mungkin tidak boleh mengeluarkan cakera itu.
Nota tentang skrin dan kanta
-
Skrin diperbuat menggunakan teknologi kepersisan sangat tinggi, maka lebih daripada 99.99% piksel boleh beroperasi untuk penggunaan yang berkesan. Walau bagaimanapun, beberapa titik hitam dan/atau titik cerah yang halus (putih, merah, biru atau hijau) mungkin muncul pada skrin. Titik-titik ini adalah normal dalam proses pembuatan dan tidak menjejas rakaman.
-
Mendedahkan skrin atau kanta kepada cahaya matahari terus bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan pincang tugas. Berhati-hati apabila meletakkan kamera berhampiran tingkap atau di luar bangunan.
-
Jangan tekan skrin. Skrin mungkin menjadi nyahwarna dan ini mungkin menyebabkan pincang tugas.
-
Imej mungkin terseret pada skrin di tempat yang sejuk. Ini bukan pincang tugas.
-
Berhati-hati agar tidak menghantukkan lensa itu, dan berhati-hati supaya tidak mengenakan tekanan padanya.