Mengecas pek bateri

  • Penyesuai AU yang dibekalkan adalah khusus untuk kamera ini. Jangan sambungkan dengan peranti elektronik lain. Melakukan demikian boleh menyebabkan pincang tugas. Pastikan juga anda menggunakan Penyesuai AU Sony yang asli.

  • Jika lampu cas kamera berkelip semasa mengecas, keluarkan pek bateri yang sedang dicas, dan kemudian masukkan pek bateri yang sama ke dalam kamera sekali lagi dengan kemas. Jika lampu cas berkelip lagi, ini mungkin menunjukkan bahawa ralat bateri terjadi atau pek bateri selain daripada jenis yang ditentukan telah dimasukkan. Pastikan yang pek bateri itu adalah jenis yang ditentukan. Jika pek bateri adalah jenis yang ditentukan, keluarkan pek bateri itu, gantikan dengan yang baru atau yang lain dan pastikan bateri dicas dengan betul. Jika bateri dicas dengan betul, ralat bateri mungkin telah terjadi.

  • Jika lampu cas berkelip walaupun Penyesuai AU tersambung ke kamera dan saluran keluar dinding, ini menunjukkan bahawa pengecasan telah dihentikan sementara dan sedang tunggu sedia. Pengecasan berhenti dan memasuk status tunggu sedia apabila suhu berada di luar julat suhu pengendalian yang disyorkan. Apabila suhu kembali kepada julat yang sesuai, pengecasan menyambung semula dan lampu cas menyala semula. Kami mengesyorkan agar pengecasan pek bateri dilakukan dalam suhu ambien antara 10°C hingga 30°C.

  • Dengan menggunakan Penyesuai AU yang dibekalkan, anda boleh mengecas pek bateri yang dimasukkan dalam kamera. Di samping itu, bekalan kuasa melalui Penyesuai AU dalam mod main balik juga boleh didapati. Walau bagaimanapun, dalam mod rakaman, bekalan kuasa melalui Penyesuai AU tidak tersedia. Anda memerlukan Penyesuai AU AC-UD10 (dijual berasingan) atau AC-UD11* (dijual berasingan) untuk membekalkan kuasa dari saluran keluar dinding ketika merakam.

* Penyesuai AU AC-UD11 (dijual berasingan) mungkin tidak tersedia di sesetengah negara/rantau.