Kad ingatan
Kad ingatan
Kad ingatan
|
Wakilan dalam Panduan Pengguna
|
Memory Stick XC-HG Duo
|
“Memory Stick Duo”
|
Memory Stick PRO Duo
|
|
Memory Stick PRO-HG Duo
|
|
Memory Stick Duo
|
|
Memory Stick Micro (M2)
|
“Memory Stick Micro”
|
Memory Stick Micro (Mark2)
|
|
Kad ingatan SD
|
Kad SD
|
Kad ingatan SDHC
|
|
Kad ingatan SDXC
|
|
Kad ingatan microSD
|
Kad ingatan microSD
|
Kad ingatan microSDHC
|
|
Kad ingatan microSDXC
|
-
Kad “Memory Stick Duo” dan SD sehingga 64 GB telah diuji dan terbukti boleh beroperasi dengan kamera anda.
-
Kad ingatan “Memory Stick Micro” sehingga 16 GB dan microSD sehingga 64 GB telah diuji dan terbukti boleh beroperasi dengan kamera anda.
-
Apabila merakam wayang, anda disarankan agar menggunakan kad ingatan yang berikut:
-
(Mark2) (“Memory Stick PRO Duo” (Mark2))
-
(“Memory Stick XC-HG Duo”)
-
(“Memory Stick PRO-HG Duo”)
-
(Mark2) (“Memory Stick Micro” (Mark2))
-
Kad SD (Kelas 4 atau lebih laju), kad ingatan microSD (Kelas 4 atau lebih laju)
-
Untuk memastikan operasi kad ingatan yang stabil, kami mencadangkan anda menggunakan kamera ini untuk memformat mana-mana kad ingatan yang digunakan dengan kamera ini pada kali pertama. Ambil perhatian bahawa pemformatan akan memadam semua data yang dirakam pada kad ingatan. Data ini tidak boleh dikembalikan. Pastikan anda membuat sandaran mana-mana data penting ke PC atau lokasi storan yang lain.
-
Jika anda merakam/memadam imej berulang kali, fragmentasi data mungkin berlaku pada kad ingatan. Wayang mungkin tidak dapat disimpan atau dirakam. Dalam keadaan sedemikian, simpan imej anda ke PC atau lokasi storan yang lain, kemudian [Format].
-
Kad ingatan yang diformatkan dengan komputer tidak dijamin dapat beroperasi dengan kamera ini.
-
Kelajuan baca/tulis data berbeza-beza bergantung pada gabungan kad ingatan dan kelengkapan yang digunakan.
-
Data mungkin tercemar di dalam kes berikut:
-
Apabila kad ingatan dikeluarkan atau kamera dimatikan semasa operasi membaca atau menulis
-
Apabila kad ingatan digunakan dalam lokasi yang mengalami elektrik statik atau hingar elektrik
-
Kami syorkan agar anda membuat salinan untuk data penting.
-
Jangan lekat label pada kad ingatan sendiri atau pun pada penyesuai kad ingatan.
-
Jangan sentuh bahagian terminal kad ingatan dengan tangan anda atau objek logam.
-
Jangan ketuk, bengkokkan atau jatuhkan kad ingatan.
-
Jangan nyahpasang atau ubah suai kad ingatan.
-
Jangan dedahkan kad ingatan kepada air.
-
Jangan tinggalkan kad ingatan sehingga dapat dicapai oleh kanak-kanak kecil. Mereka mungkin menelannya dengan tidak sengaja.
-
Masukkan kad ingatan yang padan dengan saiz slot kad ingatan. Jika tidak ini akan menyebabkan pincang tugas.
-
Jangan guna atau simpan kad ingatan dalam keadaan berikut:
-
Lokasi bersuhu tinggi seperti bahagian dalam sebuah kereta yang panas yang diletakkan di bawah cahaya matahari
-
Lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari
-
Lokasi yang lembap atau lokasi di mana terdapat bahan-bahan kakis
Catatan tentang menggunakan penyesuai kad ingatan (dijual berasingan)
-
Apabila memasukkan kad ingatan ke dalam penyesuai kad ingatan, pastikan kad ingatan dimasukkan menghala ke arah yang betul, kemudian masukkannya sepenuhnya ke dalam. Kemasukan yang salah boleh menyebabkan pincang tugas.
-
Apabila menggunakan “Memory Stick Micro” atau kad ingatan microSD, gunakan penyesuai kad ingatan yang ditentukan.
“Memory Stick”
Jenis “Memory Stick”
|
Rakaman/Main Balik
|
Memory Stick Duo (tanpa MagicGate)
|
![]() |
Memory Stick Duo (dengan MagicGate)
|
![]() |
MagicGate Memory Stick Duo
|
![]() |
Memory Stick PRO Duo
|
![]() |
Memory Stick PRO-HG Duo
|
![]() |
Memory Stick XC-HG Duo
|
![]() |
Memory Stick Micro (M2)
|
![]() |
Memory Stick Micro (Mark2)
|
![]() |
Apabila menggunakan “Memory Stick Duo” dengan slot “Memory Stick” bersaiz standard

Nota tentang menggunakan “Memory Stick Micro” (dijual berasingan)
-
Produk ini serasi dengan “Memory Stick Micro” (“M2”). “M2” merupakan singkatan untuk “Memory Stick Micro”.
-
Untuk menggunakan “Memory Stick Micro” dengan kamera, pastikan anda memasukkan “Memory Stick Micro” ke dalam Penyesuai “M2” yang sama besar dengan saiz Duo. Jika anda memasukkan “Memory Stick Micro” ke dalam kamera tanpa Penyesuai “M2” yang sama besar dengan saiz Duo, anda mungkin tidak boleh mengeluarkannya dari kamera.
-
Jangan tinggalkan media “Memory Stick Micro” sehingga dapat dicapai oleh kanak-kanak kecil. Mereka mungkin menelannya dengan tidak sengaja.