Format AVCHD
Format AVCHD telah dibangunkan untuk kamera video digital definisi tinggi apabila merakam isyarat HD (Definisi Tinggi) pada spesifikasi 1080i*1 atau 720p*2 menggunakan teknologi pengekodan mampatan kecekapan tinggi. Format MPEG-4 AVC/H.264 telah diterima pakai untuk memampatkan data video, dan Dolby Digital atau sistem Linear PCM digunakan untuk memampatkan data audio.
Format MPEG-4 AVC/H.264 berupaya memampatkan imej pada kecekapan yang lebih tinggi daripada format pemampatan imej konvensional. Format MPEG-4 AVC/H.264 membolehkan isyarat video definisi tinggi yang dirakam pada perakam kamera video digital dirakamkan pada cakera DVD 8 cm, pemacu cakera keras, ingatan kilat, kad ingatan, dll.
Merakam dan main balik pada kamera
Berasaskan format AVCHD, kamera anda merakam dengan kualiti imej definisi tinggi (HD) yang disebutkan di bawah ini.
Isyarat video*3:
Peranti serasi 1080 60i
MPEG-4 AVC/H.264 1920×1080/60i, 1440×1080/60i
Peranti serasi 1080 50i
MPEG-4 AVC/H.264 1920×1080/50i, 1440×1080/50i
Isyarat audio: Dolby Digital 2 saluran
Media rakaman: Kad ingatan
*1 Spesifikasi 1080i
Spesifikasi definisi tinggi yang menggunakan 1,080 garis imbasan berkesan dan sistem selang seli.
*2 Spesifikasi 720p
Spesifikasi definisi tinggi yang menggunakan 720 garis imbasan berkesan dan sistem selang seli.
*3 Data yang dirakam dalam format AVCHD selain daripada yang disebutkan di atas tidak boleh dimainkan pada kamera anda.