Lesen

Nota-nota mengenai Lesen

Kamera ini dilengkapi dengan perisian- perisian yang digunakan berasaskan perjanjian lesen dengan pemilik-pemilik perisian tersebut. Berasaskan permintaan pemilik-pemilik hak cipta aplikasi perisian ini, kami mempunyai kewajipan untuk memberitahu anda mengenai yang berikut. Sila baca bahagian-bahagian berikut.
Lesen (dalam bahasa Inggeris) dirakamkan dalam ingatan dalaman kamera anda. Wujudkan sambungan Storan Massa antara kamera dengan komputer untuk membaca lesen-lesen dalam folder “PMHOME” - “LICENSE”.

PRODUK INI DILESENKAN DI BAWAH LESEN PORTFOLIO PATEN AVC BAGI KEGUNAAN PERIBADI SESEORANG PENGGUNA ATAU KEGUNAAN LAIN DI MANA IA TIDAK MENERIMA GANJARAN UNTUK
(i) MENGEKOD VIDEO DENGAN MEMATUHI PIAWAIAN AVC (“VIDEO AVC”)
DAN/ATAU
(ii) MENYAHKOD VIDEO AVC YANG TELAH DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN/ATAU YANG DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO AVC.
LESEN TIDAK DIBERIKAN ATAU MENJADI TERSIRAT UNTUK APA-APA KEGUNAAN LAIN.
MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA, L.L.C. LIHAT

Mengenai perisian GNU GPL/LGPL yang digunakan

Perisian yang layak untuk GNU General Public License berikut (selepas ini dirujuk sebagai “GPL”) atau GNU Lesser General Public License (selepas ini dirujuk sebagai “LGPL”) termasuk dalam kamera.
Ini memberitahu anda bahawa anda mempunyai hak untuk mengakses, mengubah suai, dan mengedar semula kod sumber bagi atur cara perisian ini di bawah syarat-syarat GPL/LGPL yang dibekalkan.
Kod sumber disediakan pada web. Gunakan URL berikut untuk memuat turunkannya.
Kami berharap anda tidak menghubungi kami mengenai kandungan kod sumber.

Lesen (dalam bahasa Inggeris) dirakamkan dalam ingatan dalaman kamera anda. Wujudkan sambungan Storan Massa antara kamera dengan komputer untuk membaca lesen-lesen dalam folder “PMHOME” - “LICENSE”.