PELAJARAN 10

Jadikan Pemandangan Biasa Suatu Karya Seni

Jarak fokus: 16 mm / F-nombor: 8.0 / Kelajuan pengatup: 1/80 saat / Gaya Kreatif: Matahari Terbenam

Jika anda suka mengambil gambar pemandangan yang anda temui semasa bekerja atau dalam kehidupan seharian anda, anda mungkin merasakan yang pemandangan yang diabadikan dalam gambar kelihatan kurang menarik daripada yang dijangkakan, dan ia gagal menggambarkan suasana pemandangan sebenar. Dalam bab ini, anda akan mempelajari beberapa fungsi dan petua menangkap gambar yang menarik bagi pemandangan biasa seumpamanya.

Mempertimbangkan komposisi dan cara memangkas

Jika anda menangkap syot kilat, memang menyeronokkan menangkap gambar secara bersahaja tanpa sebarang tujuan, walau bagaimanapun, mari kita cuba mengambil kira komposisi dan cara memangkas pemandangan. Pertama, mari kita lihat cara memangkas pemandangan. Jika anda sekadar mengambil kamera dan terus menangkap gambar, selalunya gambar akan kelihatan penuh dengan objek tidak perlu yang terkandung dalam bingkai.
Daripada cuba memasukkan kesemua benda ke dalam bingkai, tumpukan perhatian anda kepada subjek utama sahaja, terutamanya semasa menangkap gambar pemandangan harian biasa.
Secara amnya, sudut pandangan (jarak fokus) yang hampir dengan medan penglihatan manusia boleh diset dengan menggerakkan sedikit kedudukan zum ke bahagian telefoto. Banyakkan menggunakan zum semasa membuat syot kilat.

Jarak fokus: 35 mm / F-nombor: 5.6 / Kelajuan pengatup: 1/1000 saat / Pemampasan dedahan: +1 /
Imbangan putih: Teduh / Gaya Kreatif: Landskap (Kontras: +3, Ketepuan: -3)

Tangkapan dengan kanta zum normal SEL1855 pada jarak fokus 35 mm, gambar ini memangkas pemandangan dengan bendera sebagai subjek utama. Dengan kedudukan zum yang digerakkan sedikit ke bahagian telefoto, keadaan ini mengekalkan imbangan yang baik antara saiz bendera dan saiz dan kedalaman bangunan di sekitarnya.

Jarak fokus: 23 mm

Gambar ini ditangkap pada sudut luas, dengan mencuba menyertakan banyak objek seperti bangunan dan lampu jalan. Hasilnya, kebanyakan kawasan dalam bingkai dipenuhi bangunan dan tanah, dan bendera yang penting hanya muncul dalam saiz yang kecil di belakang. Berbanding tangkapan ini, gambar pertama, yang mengabadikan bendera dalam saiz yang besar pada bahagian telefoto, akan kelihatan lebih menarik.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 8.0 / Kelajuan pengatup: 1/250 saat Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 8.0 / Kelajuan pengatup: 1/1000 saat

Kedua-dua contoh di atas ditangkap pada jarak fokus 50 mm. Pemangkasan drastik sedemikian juga boleh menjadi menarik untuk sesetengah pemandangan.

Ini adalah pandangan dekat tangkapan pemandangan dengan kanta zum telefoto semasa berjalan di jalanan. Dengan mengabadikan sebahagian kecil pemandangan dengan rapatnya ke dalam bingkai, ia mengilhamkan khayalan penonton untuk membayangkan suasana yang tidak dapat dilihat dalam gambar tersebut.

Jarak fokus: 57 mm / F-nombor: 3.5 / Kelajuan pengatup: 1/60 saat Jarak fokus: 300 mm / F-nombor: 11 / Kelajuan pengatup: 2.5 saat

Terdapat jenis komposisi fotografi yang biasa seperti komposisi "Hukum Tigaan" dan komposisi pepenjuru. Walau bagaimanapun, jika anda asyik memikirkan jenis komposisi tersebut, gambar anda akan kehilangan personaliti dan menjadi tidak menarik. Tinggalkan saja ia sebagai rujukan ketika anda terlupa jenis komposisi, dan cari komposisi atau ekspresi kegemaran anda sendiri, terutamanya apabila anda keluar dengan santai atau berjalan-jalan. Ambil gambar yang akan anda sukai; inilah inti pati membuat karya seni anda sendiri.

Jika anda boleh memanfaatkan sepenuhnya fungsi zum, anda akan dapat memangkas pemandangan biasa anda lalu mencipta karya seni yang hebat. Walaupun anda mungkin tidak mendapat hasil yang dijangkakan pada mulanya, cuba gunakan fungsi zum dengan sengaja, dan dapatkan rasa hati anda sendiri.

Jarak fokus: 11 mm / F-nombor: 5.6 / Kelajuan pengatup: 1/160 saat

Menggunakan Kesan Gambar

Jika anda ingin menambah kemasan unik untuk gambar anda, cuba gunakan fungsi Kesan Gambar.
Menggunakan Kesan Gambar, anda boleh menangkap gambar gaya retro atau gambar artistik bagaikan lukisan dengan mudah tanpa perlu dikemasi semula di komputer. (*) Kamera α mempunyai pelbagai kesan dan berikut adalah beberapa contohnya.

(*) Jenis kesan yang tersedia dalam Kesan Gambar adalah berbeza bergantung pada model kamera anda.

Monokrom Kontras Tinggi membolehkan anda mengambil gambar monokrom kontras tinggi seolah-olah ia diambil dengan filem hitam putih. Ia paling sesuai untuk memaparkan gambaran jalanan dengan berkesan. Selain itu, pada keadaan apabila gambar berwarna tidak begitu hebat, seperti pada hari hujan atau mendung, dengan hanya menggunakan kesan ini, gambar anda anda bertukar menjadi karya seni.

Monokrom Kontras Tinggi

Pencahayaan Tinggi Lembut membolehkan anda menangkap gambar yang lembut dan pucat dengan sedikit kas biru. Walau apa pun subjeknya, ia akan menambahkan kemasan menyenangkan dan seakan fantasi pada gambar tersebut.

Cahaya terang lembut

Warna Separa mencipta imej yang mengekalkan warna tertentu dan menukarkan yang lain menjadi hitam putih. Malahan dengan kesan ini, gambar kain baju yang hendak dibasuh juga akan menjadi kerja seni yang bergaya dengan serta-merta. Menggunakannya untuk bunga dan barangan kecil juga akan mencipta karya seni yang menarik.

Warna Separa (Biru)

Terdapat pelbagai kesan yang lain, seperti "Kamera Mainan," "Miniatur," "Foto Retro" dan "Pemposteran (Warna)." Cuba pelbagai kesan dalam menangkap gambar pemandangan biasa dalam kehidupan seharian anda.

Kamera Mainan

Miniatur

Foto Retro

Pemposteran (Warna)

Mencuba kanta jarak fokus tetap

Oleh sebab kanta jarak fokus tetap boleh mewujudkan pengaburan latar belakang, ia boleh menjadikan syot kilat atau tangkapan landskap biasa anda suatu karya seni yang unik. Di samping itu, disebabkan ia membolehkan jumlah cahaya yang banyak memasuki kamera, ia berguna untuk tangkapan di dalam bangunan atau jalanan pada waktu malam.

Jarak fokus: 35 mm / F-nombor: 2.0 / Kelajuan pengatup: 1/640 saat

Sudut pandangan 35 mm kanta ini adalah sesuai untuk begitu banyak jenis subjek, manakala apertur maksimum F1.8 yang besar adalah cukup terang untuk tangkapan sambil memegang kamera dalam keadaan kurang cahaya dan berupaya menghasilkan kesan pengaburan yang lancar yang boleh menambah kedalaman dan keanggunan artistik pada imej anda.

Jarak fokus: 35 mm / F-nombor: 11 / Kelajuan pengatup: 1/400 saat

Prestasi tinggi dan reka bentuk kompak menjadikan kanta ini kanta ideal yang kedua yang mudah dibawa ke mana-mana. Ia amat sesuai untuk pelbagai jenis foto, termasuk syot kilat semasa bersiar-siar, tangkapan waktu malam dan potret dengan latar belakang kabur yang cantik.