Kelajuan pengatup adalah tempoh masa pengatup, yang berada di hadapan sensor imej, dalam keadaan terbuka. Semasa pengatup terbuka, sensor imej didedahkan kepada cahaya, yang daripadanya imej akan terhasil.
[1] Pengatup terbuka.[2] Pengatup tertutup.
Gambar di atas menunjukkan bahagian pengatup kamera E-mount. Pengatup terbuka dalam [1], dan sensor imej terdedah kepada cahaya. Semakin tinggi kelajuan pengatup, semakin banyak cahaya yang sampai ke sensor imej. Sebagai contoh, jika kelajuan pengatup diubah daripada 1/60 saat menjadi 1/30 saat, jumlah cahaya akan berganda.
Bersama-sama dengan apertur yang melaraskan jumlah cahaya yang datang dari kanta, kelajuan pengatup adalah salah satu faktor yang menentukan dedahan.
Dalam mod tangkapan auto, mod P dan mod A, kamera menentukan kelajuan pengatup secara automatik. Dalam mod S, anda boleh menetapkan kelajuan pengatup seperti yang anda kehendaki.
Kesan kelajuan pengatup terhadap gambar
Anda boleh mengawal ekspresi gambar dengan menukar kelajuan pengatup. Gambar-gambar berikut menunjukkan hasil kelajuan pengatup yang berbeza.
[1] 1/1250 saat[2] 1/20 saat[3] 1/4 saat
Gambar air terjun berikut diambil sambil kelajuan pengatup ditukar-tukar.
Gambar [1] diambil pada 1/1250 saat, kelajuan pengatup terpantas antara tiga kelajuan tersebut. Disebabkan tempoh pengatup dibuka itu pendek, saat pergerakan air yang kelihatan terhenti dapat diabadikan.
Gambar [2] diambil pada 1/20 saat. Disebabkan air sedang mengalir semasa pengatup terbuka, gambar kelihatan lebih dinamik.
Gambar [3] diambil pada 1/4 saat, kelajuan pengatup yang paling perlahan. Membuka pengatup dalam tempoh yang lama akan menghasilkan gambaran air mengalir yang lancar.
Dengan cara ini, anda akan dapat menikmati pelbagai hasil gambar subjek yang sedang bergerak dengan menukar-nukar kelajuan pengatup. Anda boleh menetapkan kelajuan pengatup sekehendak hati anda dalam mod S dan mod M, tetapi julat kelajuan yang tersedia berbeza bergantung kepada modelnya.
Jika anda mahu mengambil gambar dengan memegunkan pergerakan subjek terhenti, seperti semasa menangkap gambar sukan, penggunaan kelajuan pengatup yang terpantas disyorkan supaya anda boleh mengelakkan imej kabur akibat pergerakan subjek yang pantas.
Kelajuan pengatup: 1/4000 saat
Dengan menangkap gambar pada 1/4000 saat, gambar di atas mengabadikan saat subjek cuba menerima bola. Sebaliknya, jika anda ingin mengambil gambar aliran air atau cahaya, anda disyorkan menggunakan kelajuan pengatup yang lebih perlahan.
Kelajuan pengatup: 5 saat
Dengan menetapkan kelajuan pengatup kepada 5 saat, gambar di atas mengabadikan jejak cahaya bunga api. Walau bagaimanapun, lebih perlahan halaju pengatup, lebih mudah imej menjadi kabur. Semasa menangkap gambar dalam keadaan yang kurang cahaya seperti bunga api dan pemandangan waktu malam, sedangkan kelajuan pengatup cenderung menjadi lebih perlahan secara automatik, penggunaan tripod adalah penting untuk menstabilkan kamera.
Dalam keadaan anda tidak dapat menggunakan tripod, anda boleh menggunakan kelajuan pengatup lebih tinggi dengan menaikkan sensitiviti ISO. Walau bagaimanapun, sensitiviti ISO yang lebih tinggi cenderung menghasilkan hingar pada imej. Tambahan pula, mod "Senja Bimbit" dalam Pemilihan Latar berkesan untuk menangkap pemandangan waktu malam dengan memegang kamera.
Kelajuan pengatup: 0.5 saat
Disebabkan gambar di atas ditangkap menggunakan kelajuan pengatup yang perlahan, imej menjadi kabur akibat gegaran kamera. Jika anda mengambil gambar subjek yang sedang bergerak, anda perlu berhati-hati dengan kekaburan akibat pergerakan subjek dan juga gegaran kamera. Jika subjek atau kamera sedang bergerak, imej menjadi kabur lalu menghasilkan gambar yang tidak jelas.