PELAJARAN 7

Abadikan Pandangan Malam yang Dramatik

Jarak fokus: 135 mm / F-nombor: 8.0 / Kelajuan pengatup: 5 saat / ISO: 400 / Imbangan putih: Tersuai (3600K / M5)

Pemandangan malam semasa dalam perjalanan atau dari lokasi yang indah adalah latar yang sangat popular untuk diambil gambar. Dalam bab ini, anda akan mempelajari cara menangkap gambar pemandangan malam dengan indahnya untuk menghasilkan semula kesan yang anda rasai daripada latar sebenar.
Mula-mula, tetapkan kamera pada mod P, dan cuba petua berikut.

Menangkap gambar dengan tripod

Tripod adalah alat paling berkesan untuk mengambil gambar pemandangan malam yang indah. Apabila mengambil gambar dalam suasana kurang cahaya seperti pemandangan malam, kelajuan pengatup menjadi perlahan untuk meningkatkan jumlah cahaya yang memasuki kamera, dan Sensitiviti ISO menjadi lebih tinggi. Hasilnya, imej cenderung untuk menjadi tidak jelas kerana kamera bergoyang, atau berbintik dengan hingar yang bertambah.

Gambar ini telah ditangkap dengan kelajuan pengatup 3.2 saat. Pada kelajuan pengatup ini, imej menjadi benar-benar kabur walaupun badan anda tidak bergerak.

Kelajuan pengatup: 3.2 saat

Jika anda memasang kamera pada tripod, anda boleh menangkap gambar dengan jelas tanpa kekaburan walaupun pada kelajuan pengatup yang perlahan. Pada masa yang sama, tetapkan sensitiviti ISO serendah mungkin. Walaupun ini akan lebih memperlahankan kelajuan pengatup, anda tidak perlu bimbang akan kekaburan kerana kamera dipasangkan pada tripod. Juga, sensitiviti ISO yang rendah boleh mengurangkan hingar. Nilai minimum sensitiviti ISO bergantung pada model, tetapi nilai dari ISO100 hingga ISO 400 disyorkan.
Semasa anda menggunakan tripod, nyahdayakan fungsi SteadyShot untuk mengelakkan pincang tugas. Juga, gegaran kamera ketika menekan butang pengatup boleh menyebabkan kekaburan. Untuk mengelakkan kekaburan seumpamanya, tetapan pemasa diri 2 saat adalah berkesan.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 10 / Kelajuan pengatup: 5 saat / ISO: 200 / Imbangan putih: Siang

Ditangkap menggunakan tripod, gambar di atas tidak terjejas oleh kekaburan. Dengan masa dedahan yang panjang, sinaran cahaya di atas air kelihatan indah dan merebak sekata merentasi permukaan.

Kini, apakah yang perlu anda lakukan jika anda tidak mempunyai tripod?
Jika anda tidak mempunyai tripod, sokong badan anda pada tembok atau tiang berhampiran, atau letakkan kamera di atas susur tangan atau permukaan rata yang lain bagi memastikan kamera stabil dan mengurangkan kekaburan.
Jika anda tidak dapat melakukan perkara di atas, yang paling penting untuk anda lakukan adalah menggunakan kelajuan pengatup yang lebih cepat untuk mengurangkan gegaran kamera. Jika pengaburan berlaku pada kelajuan pengatup yang ditentukan secara automatik oleh kamera, tingkatkan Sensitiviti ISO secara manual. Nilai maksimum sensitiviti ISO yang tersedia bergantung pada model. Apabila sensitiviti ISO ditingkatkan kepada ISO6400, 12800 dan ke atas, kelajuan pengatup semakin tinggi, dan imej kurang terjejas oleh kekaburan. Walau bagaimanapun, imej mungkin mengalami hingar dan kehilangan perincian.

Jarak fokus: 24 mm / F-nombor: 2.8 / Kelajuan pengatup: 1/40 saat / ISO: 3200 / Imbangan putih: AWB

Gambar ini telah ditangkap dengan ISO3200. Dengan mengekalkan kelajuan pengatup yang lebih cepat, kekaburan berjaya dicegah. Walau bagaimanapun, jika anda meneliti imej yang dibesarkan, anda boleh nampak bahawa ia berbintik sedikit akibat hingar berbanding dengan imej yang ditangkap dengan sensitiviti ISO yang lebih rendah. Selain itu, dari segi resolusi dalam butiran dan tekstur permukaan air, gambar yang diambil menggunakan tripod akan kelihatan lebih baik daripada yang ini.

Jika hingar tidak boleh dilihat seperti dalam kes ini, mod "Senja Bimbit" dalam Pemilihan Latar (mod tangkapan) memang berkesan. Dalam mod ini, 6 imej ditangkap berterusan dengan sekali tekan butang pengatup, dan imej-imej ini digabungkan dengan ketepatan tinggi semasa memproses hingar. Proses ini membolehkan anda menangkap gambar pemandangan malam dengan hingar dikurangkan berbanding dengan tangkapan tunggal biasa.
Walau bagaimanapun, oleh sebab mod "Senja Bimbit" dalam Pemilihan Latar adalah salah satu mod tangkapan auto, anda tidak boleh menukar tetapan warna dan kecerahan yang diterangkan dalam bahagian seterusnya.

Melaraskan kecerahan dan warna

Jika anda telah mengetahui cara menangkap gambar tanpa kekaburan, laraskan kecerahan dan warna berdasarkan imej anda.
Kecerahan boleh dilaraskan dengan pemampasan dedahan. Mata manusia dapat mengenali langit malam sebagai "gelap", dan lampu bangunan serta pencahayaan sebagai "terang". Walau bagaimanapun, kamera cuba menampilkan semua pemandangan dengan standard kecerahan yang sama, sama ada ia gelap atau terang. Dengan itu, apabila menangkap gambar pemandangan malam, di mana bahagian gelap seperti langit malam dan bahagian terang seperti lampu bangunan bercampur-campur, dedahan yang ditentukan oleh kamera mungkin tidak akan menghasilkan kecerahan yang dirasakan oleh mata manusia. Ini akan menyukarkan anda mendapatkan hasil yang dikehendaki apabila menangkap gambar pemandangan malam, seperti yang ditunjukkan oleh gejala seperti langit malam yang pudar atau warna di jalanan yang terpangkas kerana di luar julat yang boleh digambarkan.
Di samping itu, kecerahan gambar juga dipengaruhi oleh tetapan kamera itu sendiri seperti Gaya Kreatif.
Mula-mula, cuba tangkap gambar tanpa pemampasan dedahan, dan laraskan dedahan dengan memeriksa hasilnya.

Jarak fokus: 120 mm / F-nombor: 6.3 / Imbangan putih: Kalimantang: Warna Putih Hangat (-1) Ketepuan: +3 / Pemampasan dedahan: 0Jarak fokus: 120 mm / F-nombor: 6.3 / Kalimantang: Warna Putih Hangat (-1) Ketepuan: +3 / Pemampasan dedahan: +0.7

Tanpa pemampasan dedahan, gambar ini menjadi kurang dedahan akibat lampu jalan yang terang. Latar bandar di belakang bangunan menjadi gelap. Dengan menetapkan dedahan pada +0.7, gambar itu ditampilkan dengan kecerahan yang sesuai.

Sekarang, mari kita beralih kepada pelarasan warna. Anda boleh menggunakan imbangan putih untuk menyesuaikan tona warna keseluruhan. Imbangan putih auto [AWB], di mana kamera secara automatik menentukan tona warna, boleh menghasilkan warna asal yang tepat. Walau bagaimanapun, apabila mengambil gambar pemandangan bandar waktu malam, memilih [Kalimantang: Warna Putih Hangat] akan menambahkan ton biru, yang mungkin lebih sesuai untuk menampakkan ciri-ciri cahaya tiruan.
Selain itu, cahaya terang seperti lampu bangunan dan pencahayaan bandar akan menjadi keputihan dalam gambar dan warnanya tidak kelihatan sejelas yang diharapkan. Dalam hal sedemikian, sesuaikan ketepuan ke bahagian + daripada tetapan pilihan dalam Gaya Kreatif, supaya cahaya menjadi lebih jelas dan berwarna-warni.

Jarak fokus: 16 mm / F-nombor: 6.3 / Kelajuan pengatup: 13 saat / ISO: 200 / Imbangan putih: AWBJarak fokus: 16 mm / F-nombor: 6.3 / Kelajuan pengatup: 13 saat / ISO: 200 / Imbangan putih: Kalimantang: Warna Putih Hangat (-1) Ketepuan +3

Dengan membuat pelarasan sedemikian, anda boleh mengambil gambar pemandangan malam yang memberikan kesan dramatik sebagaimana yang anda rasai.
Seperti pemandangan lain, ton warna terbaik untuk pemandangan malam bergantung kepada kesukaan dan tujuan anda. Gunakan sepenuhnya fungsi pelarasan seperti pemampasan dedahan, imbangan putih dan Gaya Kreatif, dan ambil gambar kegemaran anda.

Kanta jarak fokus tetap yang mudah

Dengan F-nombor kecil (apertur maksimum yang pantas), kanta jarak fokus tetap akan membolehkan jumlah cahaya yang banyak memasuki kamera.
Dengan itu, anda boleh menangkap gambar pemandangan malam dengan kekaburan dan hingar yang kurang walaupun dalam keadaan cahaya malap. Juga, anda boleh mengambil gambar potret atau syot kilat dengan latar belakang kabur yang hebat.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 2.0 / Kelajuan pengatup: 1/640 saat / Pemampasan dedahan: -1

Kanta "normal" yang unggul ini menawarkan resolusi sudut ke sudut yang cemerlang, manakala gabungan apertur maksimum F1.4 dan reka bentuk apertur membulat memungkinkannya mendapatkan kesan pengaburan yang licin dan halus bak sutera untuk meningkatkan kedalaman imej dan mengasingkan unsur visual yang penting. Disebabkan apertur yang besar, lebih banyak cahaya dapat masuk, yang memudahkan tangkapan gambar sambil memegang kamera, walaupun dalam situasi kurang cahaya.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 1.8 / Kelajuan pengatup: 1/80 saat / Pemampasan dedahan: -0.7

Ini adalah kanta telefoto julat pertengahan dengan jarak fokus 50 mm yang amat sesuai untuk pemotretan. Reka bentuk apertur besar dan apertur membulat boleh menghasilkan latar belakang dikaburkan yang indah. Selain itu, dengan berfungsi bersama dengan sistem penstabilan imej Optical SteadyShot terbina dalam, ia boleh menangkap gambar imej yang tajam dan jelas dalam keadaan kurang cahaya.