PELAJARAN 1

Tangkap Potret Menarik
dengan Orang Diserlahkan

Jarak fokus: 180 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/250 saat

Jika anda mengaburkan latar belakang dan menekankan gambar orang, anda akan dapat menangkap gambar yang menarik dengan tema yang jelas.
Gambar jenis ini dipanggil potret, dan teknik ini boleh digunakan untuk syot kilat harian yang biasa di samping gambar kenang-kenangan pada hari lahir atau acara perkahwinan.
Apabila menangkap gambar dengan tidak sengaja, kita sering memasukkan keseluruhan susuk badan orang itu dalam bingkai, yang menghasilkan komposisi yang membosankan seperti gambar rekod.
Dalam bab ini, anda akan mengetahui beberapa petua untuk menyerlahkan orang itu dan mengemasi gambar anda dengan lebih menarik.
Apabila menangkap gambar, set kamera kepada mod A dan buka apertur seluas yang boleh.

Menangkap gambar pada bahagian telefoto

Jika anda menggunakan kanta zum, cuba berada sedekat yang boleh kepada subjek dan tangkap gambar pada bahagian telefoto (dengan jarak fokus yang lebih panjang). Dengan cara ini, anda boleh melenyapkan objek di sekeliling yang tidak dikehendaki dan mengaburkan latar belakang dengan lebih banyak, supaya orang itu sahaja yang mendapat tumpuan.

[1] Jarak fokus: 55 mm /
F-nombor: 1.8
[2] Jarak fokus: 55 mm /
F-nombor: 1.8

Dalam contoh di atas, gambar [2] ditangkap dengan mendekatkan diri pada subjek dan mengaum masuk pada bahagian atas badan. Hasilnya, ekspresi subjek lebih menyerlah dan dipaparkan dengan penuh perasaan. Merakam pada jarak dekat membuatkan latar belakang lebih ternyahfokus dan menyerlahkan ekspresi wanita itu.
Untuk gambar kenang-kenangan di kawasan pelancongan, gambar seperti [1], yang termasuk landskap sekeliling dalam bingkai, mungkin lebih baik. Walau bagaimanapun, jika anda inginkan hanya orang itu yang menonjol, gambar [2] kelihatan lebih menarik.

Mempertimbangkan komposisi

Menukar komposisi akan menjadikan perubahan yang besar dalam suasana gambar, walaupun anda menangkap gambar subjek yang sama.
Dalam penangkapan gambar biasa, kita cenderung untuk menggubah gambar dengan kedudukan subjek di tengah-tengah bingkai. Namun, apabila anda menangkap gambar potret, cuba gunakan "Hukum Tigaan" untuk komposisi anda.
Dalam komposisi "Hukum Tigaan", bingkai dibahagikan kepada 9 bahagian (3 mendatar x 3 menegak) dan subjek utama ditempatkan di titik persilangan garis pembahagi. Untuk potret, tempatkan tengah-tengah muka atau mata pada titik persilangan.
"Hukum Tigaan" adalah asas kepada gambar yang seimbang. Jika anda tidak pasti bagaimana hendak menggubah gambar anda, cuba gunakan "Hukum Tigaan". Dengan menggunakan peraturan ini, anda akan dapat menangkap banyak gambar yang bagus secara automatik. Fungsi kamera α adalah untuk memaparkan garis grid "Hukum Tigaan" pada monitor di bahagian belakang kamera. Gunakan fungsi ini jika anda memerlukan panduan untuk gubahan anda semasa menangkap gambar.

Jarak fokus: 70 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/250 saat

Hanya dengan meletakkan bahagian tengah kepala pada garis pembahagi, gambar di atas menjadi agak menarik dan seimbang. Tambahan pula, dengan meninggalkan ruang pada kawasan yang dilihat oleh subjek, gambar tersebut malah menggambarkan suasana pada saat itu.
Juga, sebagai prinsip asas, gambar potret haruslah diambil dalam orientasi menegak seperti pada gambar di atas. Dengan meletakkan badan seseorang selari dengan sisi imej yang panjang, latar belakangnya dengan sendirinya akan teratur dan anda boleh menjadikan gambar tersebut ringkas dan jelas. Menangkap gambar dalam orientasi melintang adalah baik jika anda ingin menyertakan latar belakang. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menekankan orang itu sahaja, anda disyorkan menggunakan orientasi menegak secara positif.

Menggunakan cahaya belakang

Perkara penting yang lain adalah sudut cahaya. Terutamanya untuk potret wanita, kulit dan rambut boleh kelihatan lembut dengan menangkap gambar dengan cahaya belakang. Untuk cahaya belakang yang elok, elakkan waktu siang semasa cahaya matahari sangat terik dan tangkap gambar pada lewat petang apabila cahaya matahari semakin kurang, atau pada hari yang mendung jika boleh. Jika anda perlu menangkap gambar di bawah sinaran matahari yang terik, cuba cari jalan untuk mengurangkan cahaya, seperti dengan menangkap gambar di bawah pokok.
Sebaliknya, jika anda menangkap gambar dengan cahaya depan, bayang-bayang akan tercipta pada bahagian muka dan ekspresi subjek akan menjadi suram disebabkan cahaya yang kuat. Jika anda boleh mengawal sudut cahaya, cuba cipta cahaya belakang.
Walau bagaimanapun, jika anda menangkap gambar dengan cahaya belakang, bahagian muka akan menjadi gelap. Dalam keadaan ini, laraskan dedahan menggunakan fungsi pemampasan dedahan agar kecerahan muka mencukupi. Walaupun latar belakang akan menjadi agak putih, ini akan meningkatkan suasana yang lembut bagi subjek.

Jarak fokus: 200 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/400 saat

Ini ialah potret wanita yang dirakam dengan cahaya latar. Subjek telah diterangi dari belakang pada sisi kiri. Tiada bayang-bayang yang tidak diingini pada wajahnya dan cahaya yang bersinar melalui rambutnya mencipta rupa yang lembut dan tenang.

Mencuba kanta jarak fokus tetap

Kanta jarak fokus tetap disyorkan untuk lebih mengaburkan latar belakang dan menjadikan orang itu sahaja yang kelihatan menarik. Oleh sebab kanta jarak fokus tetap membolehkan banyak cahaya masuk ke dalam kamera, ini dapat mengurangkan kekaburan apabila menangkap gambar dalam situasi yang kurang cahaya, begitu juga dengan potret.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 1.8 / Kelajuan pengatup: 1/4000 saat

Ini adalah kanta telefoto julat pertengahan dengan jarak fokus 50 mm yang amat sesuai untuk pemotretan. Reka bentuk apertur besar dan apertur membulat boleh menghasilkan latar belakang dikaburkan yang indah. Selain itu, dengan berfungsi bersama dengan sistem penstabilan imej Optical SteadyShot terbina dalam, ia boleh menangkap gambar imej yang tajam dan jelas dalam keadaan kurang cahaya.