
Jarak fokus: 100 mm / F-nombor: 2.8 / Kelajuan pengatup: 1/400 saat
Latar belakang dan tahap pengaburan adalah penting untuk memberikan rasa dan sentuhan lembut pada gambar bunga.
Untuk meningkatkan tahap pengaburan, set kamera kepada mod A dan buka apertur seluas yang boleh.
Untuk mengabadikan kelembutan dan warna bunga yang cantik, cara memaparkan latar belakang adalah penting. Dengan mengikuti arahan pada Faktor Pengaburan, hampiri subjek dan tangkap gambar pada bahagian telefoto kanta (dengan jarak fokus yang lebih panjang). Proses mudah ini meningkatkan jumlah pengaburan dan menyerlahkan bunga tersebut, dengan membolehkan anda menangkap gambar yang berbeza daripada biasa.
[1]Jarak fokus: 55 mm[2]Jarak fokus: 210 mm
Gambar di atas ditangkap dengan jarak fokus yang berbeza: 55 mm bagi [1] dan 210 mm bagi [2]. Anda akan saksikan bahawa gambar yang mempunyai jarak fokus yang lebih panjang mencipta pengaburan latar belakang yang lebih besar dan menekankan kesegaran bunga itu. Jika anda mempunyai kanta telefoto, gunakannya untuk memaparkan latar belakang dengan lebih berkesan.
Juga, gambar [2] adalah lebih kreatif dengan warna latar belakang. Menggunakan warna hijau yang berlawanan dengan warna merah pada keseluruhan latar belakang, bunga akan semakin jelas.
Cuba tangkap gambar dari sudut berbeza dengan latar belakang berbeza dan dapatkan gambar kegemaran anda.
Mencerahkan sedikit imej akan meningkatkan kelembutan bunga. Dalam contoh di bawah, gambar [1] ditangkap dengan dedahan yang dilaraskan secara automatik oleh kamera. Oleh sebab latar belakangnya cerah, bunga akan dipaparkan dengan agak gelap. Ini mencukupi untuk menggambarkan warna dan bentuk bunga, tetapi warna merah jambunya kelihatan sedikit suram. Setelah dicerahkan sedikit dengan pemampasan dedahan, gambar [2] mempunyai suasana yang lebih lembut.
[1]Pemampasan dedahan: 0[2]Pemampasan dedahan: +1.3
Juga, jika anda menangkap gambar dalam rumah anda atau tempat-tempat lain yang boleh dikawal sudut cahayanya, cuba tempatkan bunga supaya ia boleh diterangi oleh cahaya belakang. Menggunakan cahaya melalui langsir berbanding menggunakan cahaya matahari langsung, atau menangkap gambar pada hari mendung, sekiranya mungkin, merupakan keadaan tangkapan yang terbaik untuk mewujudkan pencahayaan lembut.
Jika anda menangkap gambar bunga atau item kecil, anda mungkin ingin menghampiri subjek dan menangkap butiran pandangan dekat. Walau bagaimanapun, kanta mempunyai jarak pemfokusan minimum yang mengehadkan sedekat mana anda boleh menghampiri subjek. "Kanta makro" adalah kanta yang sesuai untuk pemandangan sedemikian, yang membolehkan anda berada sedekat yang boleh kepada subjek dan mengambil tangkapan dekat.
Jarak fokus: 30 mm / F-nombor: 2.8 / Kelajuan pengatup: 1/80 saat Pemampasan dedahan: +1.3
SAL30M28
Kanta ini membolehkan anda menghampiri subjek hingga sedekat 2 cm untuk mengabadikan imej makro dengan pembesaran sehingga 1:1. Butiran yang anda fokuskan akan menjadi begitu tajam, manakala latar belakang yang tidak difokuskan tenggelam dalam kekaburan putih kuning yang betul-betul menyerlahkan perincian subjek.
Jarak fokus: 30 mm / F-nombor: 3.5 / Kelajuan pengatup: 1/15 saat Pemampasan dedahan: +2.0
SEL30M35
Kanta ini menawarkan keupayaan makro serba boleh berprestasi tinggi dalam badan yang kompak dan ringan. Kanta ini merupakan kanta makro 1:1 yang sebenar dengan jarak berfungsi minimum 2.4 cm yang membolehkan subjek kecil dan perinciannya dipersembahkan dengan resolusi dan kontras yang sangat baik.