PELAJARAN 5

Abadikan Ekspresi Comel Haiwan Peliharaan

Jarak fokus: 144 mm / F-nombor: 5.6 / Kelajuan pengatup: 1/13 saat

Apabila anda mengambil gambar haiwan peliharaan anda, perkara yang paling penting adalah hubungan kepercayaan dengan mereka. Hanya menghalakan kamera ke arah haiwan peliharaan anda akan membuatkan ia begitu berhati-hati. Jadi, biarkan haiwan peliharaan anda membiasakan diri dengan kamera sedikit demi sedikit dalam persekitaran yang santai seperti di rumah anda.
Mari kita mulakan dengan mod P untuk menangkap dengan tetapan yang dipilih secara automatik oleh kamera.

Jarak fokus: 120 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/100 saat

Menangkap ekspresi santai haiwan peliharaan di dalam bilik merupakan keistimewaan pemiliknya. Di samping menangkap gambar haiwan peliharaan anda yang bersemangat, cuba tangkap sebanyak yang mungkin dan abadikan pelbagai ekspresi.

Menangkap gambar pada paras mata haiwan peliharaan

Mula-mula, rendahkan diri anda dan ambil gambar pada paras mata haiwan peliharaan anda. Apabila menangkap gambar pada paras mata manusia (seperti yang biasa kita lakukan), kamera akan menghala ke bawah. Dengan itu, hanya tanah atau lantai sahaja yang termasuk dalam latar belakang, dan sukar untuk mendapatkan kesan pengaburan. Dengan menangkap pada paras haiwan peliharaan anda, pandangan dunia baru dari kaca mata haiwan peliharaan boleh diabadikan, dan anda boleh menemui ekspresi comel kesukaan anda dari pelbagai arah atau sudut.
Untuk menangkap pada paras haiwan peliharaan anda, gunakan fungsi boleh laras monitor di bahagian belakang kamera. (*)

Anda dengan mudah boleh melihat pemandangan dari paras mata haiwan peliharaan anda hanya dengan memandang monitor dari atas.
(*) Sudut laras dan bentuk monitor yang tersedia adalah berbeza bergantung kepada model kamera anda. Rujuk Manual Arahan atau Buku Panduan kamera anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jarak fokus: 24 mm / F-nombor: 2.0 / Kelajuan pengatup: 1/40 saat

Peluang foto terbaik bukan hanya ketika haiwan peliharaan anda melihat ke arah kamera, tetapi juga ketika ia teruja dengan makanan atau mainan, yang akan membolehkan anda menangkap adegan menarik yang berbeza daripada biasa. Cuba ambil gambar adegan haiwan peliharaan anda sedang bermain dengan bantuan keluarga atau rakan anda.

Jarak fokus: 120 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/160 saat

Tangkapan ini mengabadikan ekspresi kucing merenung makanan di atas. Dengan mengambil gambar pada paras yang rendah hampir yang menyentuh lantai, ia mencipta pandangan yang berbeza daripada tangkapan biasa dari hadapan. Juga, dengan beralih jauh sedikit dari subjek dan menangkap gambar dengan kanta zum bahagian telefoto (dengan jarak fokus lebih panjang), latar belakang menjadi lebih kabur untuk meningkatkan ekspresi kucing tersebut. Sebaliknya, jika anda mendekatinya dan menangkap pada bahagian sudut luas (dengan jarak fokus lebih pendek), seluruh badan haiwan akan memenuhi bingkai, dan gambar ini akan kelihatan lebih dinamik dan bertenaga.

Berhati-hati dengan kekaburan subjek

Apabila haiwan peliharaan bergerak ke sana sini, anda perlu berhati-hati dengan kekaburan yang disebabkan oleh pergerakan subjek (kekaburan subjek). Gunakan mod S dalam keadaan sebegini.
Dengan menetapkan kelajuan pengatup yang lebih cepat dalam mod S, anda boleh mengurangkan kekaburan subjek. Walaupun kelajuan pengatup yang disyorkan berbeza mengikut suasana dan pergerakan haiwan peliharaan, biasakan menangkap gambar pada kelajuan 1/250 saat atau lebih cepat.

Jika kelajuan pengatup perlahan, imej menjadi kabur dan tidak jelas.
Jumlah cahaya yang memasuki kamera adalah kecil dalam suasana malap yang tertutup. Dengan itu, jika anda meningkatkan kelajuan pengatup terlalu tinggi, imej mungkin akan menjadi gelap. Dalam hal sebegini, penyelesaian yang terbaik adalah dengan mencerahkan bilik. Jika anda tidak boleh melaraskan kecerahan bilik, atau anda mahu menangkap gambar dalam cahaya malap, cuba tangkap berulang kali sambil mengurangkan kelajuan pengatup sedikit demi sedikit sehingga imej kelihatan cukup terang.
Juga, kanta jarak fokus tetap sangat berguna untuk adegan sedemikian.

Kelajuan pengatup: 1/13 saat

Mencuba kanta jarak fokus tetap

Dengan F-nombor yang kecil (apertur maksimum yang pantas), kanta jarak fokus tetap boleh mewujudkan pengaburan latar belakang yang hebat. Selain itu, kerana ia membolehkan jumlah cahaya yang banyak masuk ke dalam kamera, anda boleh berseronok menangkap gambar dengan kurang kemungkinan berlakunya pengaburan walaupun di dalam bangunan dengan cahaya yang malap.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 2.0 / Kelajuan pengatup: 1/80 saat

Kanta "normal" yang unggul ini menawarkan resolusi sudut ke sudut yang cemerlang, manakala gabungan apertur maksimum F1.4 dan reka bentuk apertur membulat memungkinkannya mendapatkan kesan pengaburan yang licin dan halus bak sutera untuk meningkatkan kedalaman imej dan mengasingkan unsur visual yang penting. Disebabkan apertur yang besar, lebih banyak cahaya dapat masuk, yang memudahkan tangkapan gambar sambil memegang kamera, walaupun dalam situasi kurang cahaya.

Jarak fokus: 50 mm / F-nombor: 4.0 / Kelajuan pengatup: 1/80 saat

Ini adalah kanta telefoto julat pertengahan dengan jarak fokus 50 mm yang amat sesuai untuk pemotretan. Reka bentuk apertur besar dan apertur membulat boleh menghasilkan latar belakang dikaburkan yang indah. Selain itu, dengan berfungsi bersama dengan sistem penstabilan imej Optical SteadyShot terbina dalam, ia boleh menangkap gambar imej yang tajam dan jelas dalam keadaan kurang cahaya.