PELAJARAN 6

Tangkap Gambar Wajah-wajah Langit

Jarak fokus: 11 mm / F-nombor: 7.1 / Kelajuan pengatup: 1/30 saat

Langit menunjukkan pelbagai wajah setiap hari. Dalam bab ini, anda akan belajar cara untuk mengemasi gambar langit anda sebagai "karya seni" berdasarkan imej anda sendiri. Terlebih dahulu, tetapkan kamera pada mod P, kemudian tambahkan hasrat anda.

Menyesuaikan warna untuk menghasilkannya semula sebagaimana yang anda kehendaki

Pertama sekali, sesuaikan warna mengikut pilihan anda dengan imbangan putih. Kesan imbangan putih berbeza bergantung kepada masa atau cuaca ketika mengambil gambar. Cuba setiap tetapan untuk mendapatkan warna kegemaran anda.
Berikut adalah gambar langit waktu pagi yang diambil dengan 3 tetapan imbangan putih yang berbeza.

[Siang][Teduh][Kalimantang]

Walaupun gambar yang hampir menyamai imej sebenar diambil dengan tetapan [Siang], menetapkannya menjadi [Teduh] akan meningkatkan imej hangat cahaya matahari. Sebaliknya, menetapkannya menjadi [Kalimantang] akan menambah bayang biru yang kuat, dan mewujudkan suasana bagaikan fantasi.

Meningkatkan kedalaman imej

Bukan hanya pelarasan warna, kontras dan kecerahan yang membuatkan perbezaan yang besar dalam suasana gambar. Kontras boleh dilaraskan dengan Gaya Kreatif.
Contohnya, seperti gambar [1] di bawah, jika anda mahu meningkatkan kedalaman dan ketidakstabilan langit dengan menampilkan awan lebih jelas, anda disyorkan menggunakan [Landskap]. Tetapan ini meningkatkan kontras dan kedalaman dalam gambar ini. Sebaliknya, jika anda hendak menampilkan langit musim sejuk yang tenang seperti dalam gambar [2], anda disyorkan agar menetapkannya kepada [Standard] dan mengurangkan nilai "Ketepuan" dan "Kontras" pada tetapan pilihan.

[1] [Landskap][2] [Standard] Ketepuan: -2

Akhir sekali, cuba ubah kecerahan. Kecerahan boleh dilaraskan dengan pemampasan dedahan.
Dalam contoh di bawah, dedahan telah dilaraskan ke bahagian - untuk menampilkan warna yang lebih jelas dan meningkatkan kontras. Oleh sebab tahap pemampasan dedahan yang sesuai berbeza mengikut keadaan langit dan kehendak anda sendiri, buat beberapa tangkapan dengan tahap yang berbeza.

Pemampasan dedahan: 0Pemampasan dedahan: -1

Melaraskan dedahan ke bahagian - akan memekatkan warna langit, dan mengemasi gambar dengan kedalaman yang ditingkatkan.
Sebaliknya, melaraskan ke bahagian + akan berkesan jika anda mahu kemasan lembut dengan kontras yang lebih rendah.

Gunakan 3 fungsi ini, imbangan putih, Gaya Kreatif dan dedahan, untuk mengemasi hasil kerja anda mengikut kehendak anda.

Mencuba penapis pengutub bulatan

Jika anda menggunakan penapis pengutub bulatan, cahaya yang terpantul di udara boleh ditapis keluar agar langit biru dan daun hijau dapat ditampilkan dengan lebih jelas. Ia juga menyekat pantulan dari permukaan air atau kaca.

VF-xxCPAM

Tanpa penapisDengan penapis

Penapis pengutub bulatan ini menyekat pantulan dari kaca dan air yang tidak diingini yang menjadikan gambar anda kelihatan lebih profesional. Ia juga mempunyai lapisan Carl Zeiss T* untuk mengurangkan silau dan hantuan.