PELAJARAN 12

Abadikan Gerakan dalam Gambar

Jarak fokus: 180 mm / F-nombor: 5.0 / Kelajuan pengatup: 1/4000 saat

Dalam bab ini, anda akan mengetahui beberapa teknik untuk menangkap gambar subjek yang sedang bergerak dalam adegan sukan atau fotografi kereta api dengan perasaan kehadiran dan dinamik. Kamera α mempunyai pelbagai fungsi untuk menangkap gambar subjek yang sedang bergerak. Sebagai langkah pertama, cuba amalkan nasihat yang diberikan di bawah.

Cara mengambil gambar dengan gerakan dihentikan

Untuk menghentikan gerakan subjek seketika dan mendapatkan gambar terbaik, anda perlu menangkap gambar pada kelajuan pengatup yang lebih cepat. Kelajuan pengatup boleh diset sekehendak hati anda dalam mod S, tetapi mula-mula gunakanlah mod "Aksi Sukan" dalam Pemilihan Latar (mod tangkapan).
Mod "Aksi Sukan" membolehkan anda mengambil gambar dengan memegunkan subjek yang sedang bergerak. Dengan kelajuan pengatup yang lebih cepat dan operasi AF untuk menjejaki pergerakan subjek dengan berterusan, mod ini sesuai untuk subjek yang sedang bergerak. Juga, oleh sebab mod tangkapan berterusan diaktifkan secara automatik dalam mod ini, mengabadikan saat terbaik pemandangan tersebut menjadi lebih mudah. Ambil perhatian bahawa tangkapan yang berterusan akan terhenti jika anda mengalihkan jari anda dari butang pengatup selepas pengatup dilepaskan sekali. Pastikan anda terus menahan butang pengatup di sepanjang pemandangan yang hendak anda abadikan.

1/800 saat1/800 saat

Untuk merakam contoh-contoh di atas, jurugambar menekan dan menahan butang pengatup ketika anjing itu berlari. 2 gambar di atas adalah tangkapan terbaik di antara tangkapan yang berterusan. Dengan kelajuan pengatup yang diset kepada 1/800 saat, gerakan subjek kelihatan terhenti.

Oleh sebab mod "Aksi Sukan" dalam Pemilihan Latar adalah salah satu mod tangkapan auto, anda tidak boleh mengubah tetapan kecerahan atau warna. Untuk menggunakan fungsi bagi mengubahnya, seperti pemampasan dedahan dan imbangan putih, tangkap gambar dalam mod S. Apabila menangkap gambar dalam mod S, set mod autofokus menjadi AF-C (Continuous AF), dan mod pemacu menjadi Tangkapan Berterusan, supaya anda boleh menangkap gambar subjek yang sedang bergerak dengan berterusan.

Menentukan komposisi

Jika anda telah biasa dengan tangkapan berterusan, pertimbangkan juga komposisinya. Seperti yang ditunjukkan dalam "1. Tangkap Potret Menarik dengan Orang Diserlahkan" dan "9. Biarkan Item Kecil Memainkan Peranan Utama," komposisi seimbang yang biasa adalah komposisi "Hukum Tigaan". Walau bagaimanapun, untuk pemandangan yang hendak anda tekankan kedinamikan saatnya, komposisi dengan subjek berada di tengah-tengah bingkai juga disyorkan. Komposisi ini berkesan untuk menggambarkan kuasa dan tema subjek dengan jelas. Semasa mengambil gambar adegan sukan, dengan mengabadikan secara dekat subjek utama yang sedang bergerak di tengah-tengah bingkai, anda boleh mengemasi gambar yang mengagumkan seolah-olah anda berada di situ.

Jarak fokus: 300 mm / F-nombor: 5.6 / Kelajuan pengatup: 1/2500 saat

Contoh-contoh ini ditangkap dalam komposisi dengan subjek berada di tengah-tengah bingkai. Dengan mengezum pada subjek menggunakan kanta telefoto, gambar ini menyampaikan kekuatan dan kedinamikan subjek. Juga, oleh sebab subjek berada di tengah-tengah bingkai, adalah lebih mudah untuk memfokuskannya.

Apabila anda menangkap gambar subjek yang sedang bergerak, situasi boleh bertukar secara dramatik dalam seketika, tidak seperti ketika menangkap gambar landskap yang tidak bergerak. Dengan itu, keutamaan yang paling penting adalah agar tidak ketinggalan peluang menangkap gambar dan menangkap gambar sebanyak yang boleh. Pertama, biasakan diri dengan tangkapan berterusan dan biarkan komposisi sehingga anda mempunyai lebih peluang. Anda juga boleh menggubah gambar dengan merapikannya dalam komputer setelah anda pulang ke rumah.

Jarak fokus: 70 mm / F-nombor: 5.6 / Kelajuan pengatup: 1/400 saat

Mencuba kanta telefoto

Dalam adegan sukan seperti contoh di atas, pengezuman ke atas subjek berkesan untuk menggambarkan kedinamikan. Terutamanya dalam keadaan yang memerlukan anda menangkap gambar dari jarak jauh, kanta telefoto memang perlu. Kanta telefoto sangat disyorkan bagi mereka yang sering menangkap gambar permainan sukan, burung dan haiwan.

Jarak fokus: 300 mm / F-nombor: 7.1 / Kelajuan pengatup: 1/1600 saat

Kanta Siri G memberikan kombinasi julat zum lanjutan yang menarik di samping kualiti imej yang sangat baik. Elemen kanta ED mencapai aberasi yang luar biasa rendahnya, malahan sehingga jarak fokus maksimum 300 mm, agar imej telefoto anda mendapat manfaat daripada kejelasan dan kedalaman yang mengagumkan. SSM (Motor Gelombang Super Sonik) menyediakan operasi autofokus yang cepat dan senyap, manakala suis menahan fokus dan julat fokus memberikan kawalan pemfokusan persis. Dengan keupayaan memfokus sedekat 1.2m, kanta telefoto ini juga membolehkan anda mengambil gambar orang atau perincian pandangan dekat.

Jarak fokus: 208 mm / F-nombor: 6.3 / Kelajuan pengatup: 1/320 saat

Kanta zum 3.8x ini membawa anda dari 55 mm ke luar hingga 210 mm dengan prestasi optikal yang luar biasa sepanjang julat tersebut. Penstabilan imej Optical SteadyShot memudahkan anda mencapai imej dan video yang jelas dan stabil dalam cahaya rendah atau apabila mengezum masuk pada subjek yang jauh. Tambahan lagi, motor pemacu dalaman dan pemfokusan dalaman membolehkan AF yang lancar dan responsif boleh didapati dengan bunyi minimum yang sangat sesuai untuk tangkapan video.